KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

MENGAPA KE TOK BALI??

Norman:          “Mengapa ke Tok Bali ??”                                                                                                                                                               Azlin:                 “Pemandangan indah di pantai sana … di muara Sungai Semerak.”

Muara Sungai Semerak letaknya tidak jauh dari Tok Bali.

Norman:  “ Di lain tempat pun ada pantai … lebih cantik.   Mengapa Tok Bali juga dipilih??”                                           Azlin:        “Sebenarnya  nak beli ikan!”

Norman:   “Mengapa mesti ke Tok Bali, tempat lain di Kelantan tak boleh dapat ikan ?  Tak payah jauh-jauh berjalan!”                                                                                                                                                                                                                                             Azlin:          “Sebab … ikan-ikan yang dijual di Tok Bali … lebih segar dari di tempat lain.   Banyak pilihan … ikan cenahak,  siakap,  pari,  cencaru,  kerapu,   terubuk  …  macam-macam lagi … dan  lebih murah…!!”

Norman:    “Ohhhh …”

Tok Bali letaknya kira-kira 60 km dari Kota Bharu … ke sebelah selatan.    Sebuah kampong nelayan asalnya,  sekarang menjadi pusat aktiviti masyarakat nelayan mendaratkan ikan untuk dijual terus kepada pelanggan.   Deretan bot-bot ikan berlabuh tidak jauh dari tempat menjual ikan.     Ramai pelanggan kelihatan,  terutama sebelah petang … banyak yang datang dari bandar-bandar seperti Kota Bharu,   Pasir Puteh,   Machang  … dan ada juga yang datang dari Jerteh … di seberang sempadan Kelantan/ Terengganu.

Zahar ... periang dan peramah.

Zahar … remaja riang dan mesra ini … berkata keadaan mula sesak menjelang petang.  Katanya ikan-ikan jualannya didapati terus dari nelayan yang mendaratkannya dari bot … tidak jauh dari gerainya.   Memang segar.

Pelanggannya tidak perlu bimbang dengan keadaan ikan-ikan yang dijual.  Mereka memang boleh memilih sendiri untuk menentukan keadaan ini.   Dan rasanya mereka akan gembira dengan pembelian itu,  tambahan pula apabila harganya amat memuaskan.

Dua lagi remaja … Annuar dan Hafiz pula berkata tawar menawar memang perkara biasa.  Tetapi apa pun,  keuntungan tetap ada.

Kebanyakan dari penjual ikan di pasar Tok Bali ini,  adalah terdiri dari golongan remaja.   Mereka berpendapat bahawa

Annuar dan Hafiz .... pelanggan tersenyum mereka gembira.

cara begini mereka berasa puas hati,   dan sambil itu pula mereka dapat memberi sumbangan sekadarnya kepada kehidupan masyarakat setempat.   Inilah kerjaya mereka,  sekurang-kurangnya buat masa ini.   Dengan ketabahan yang dibayangkan,   rasanya mereka akan pergi jauh lagi dalam kehidupan sebagai seorang peniaga.

Di sekitar Tok Bali … banyak terdapat kedai dan warong-warong makan … termasuk restoran menghidangkan ikan bakar sebagai menu utamanya.  Ada juga kedai-kedai runcit dan buah-buahan.   Di seberang jambatan tinggi  – satu dari mercu tanda kampong ini – terdapat banyak lagi kedai-kedai,  termasuk pasar-pasar mini dan restoran.

Semua kemudahan ini untuk menampung keperluan penduduk setempat,  selain dari pengunjung-pengunjung yang datang dari bandar dan kawasan berhampiran.

Kalau kita berjalan … menuju ke selatan lagi … kira-kira 2 km dari pasar Tok Bali,  kelihatan kedai-kedai dan tempat-tempat menyedia dan menjual keropok lekor dan lain-lain hasil dari ikan.

Inilah Tok Bali hari ini … kampong nelayan dalam Daerah Pasir Puteh,  Kelantan.   Potensi ia berkembang maju memang terserlah.   Mungkin ia akan berkembang lebih pesat lagi untuk menjadi pusat ikan segar terkemuka di negeri Kelantan.   Tok Bali memang sudah sinonim dengan ikan segar.    Sebut saja ikan segar … akan terbayang Tok Bali.

Semua ini adalah hasil dari sikap dan semangat para remaja seperti   Zahar,  Annuar  dan  Hafiz,  yang sanggup berjuang dengan penuh azam  untuk kecemerlangan masa depan mereka.

Bot-bot menangkap ikan berlabuh tidak jauh dari gerai jualan di Tok Bali..

One comment on “MENGAPA KE TOK BALI??

  1. jan
    Julai 13, 2010

    salam peniaga, saya juga merupakan salah seorang peniaga ikan yang selalu mengambil bekalan ikan dekat area Tok Bali, masalahnya tidak selalu saya perolehi bekalan ikan segar. jika ada kawan-kawan disekitar Tok Bali dapat memberikan bekalan ikan segar dengan harga yang berpatutan untuk seorang peniaga macam saya dapatlah saya menjalankan perniagaan saya ini dengan lebih lancar. semoga kiriman saya ini dapat mengambil perhatian mana-mana hamba Allah SWT yang sudi membantu. sekian terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Informasi

This entry was posted on November 28, 2009 by in Komuniti.

BLOG STATS

  • 40,091 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan dinar dan dirham, mereka hanyalah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambilnya, maka dia telah memperoleh keberuntungan yang banyak.”

(HR Abu Dawud )

Potensi fitrah manusia

"Potensi fitrah manusia perlu ditonjolkan, supaya berkembang menuju pembangunan dan bukan membawa keruntuhan. Sikapnya, keinginannya, perasaannya mestilah dikembangkan berasakan kepada nilai-nilai murni dan dibangunkan mengikut acuan yang sesuai dengan tuntutan pembangunan menuju kesempurnaan insaniah dan kemanusiaan.

Oleh kerana manusia itu sebahagian daripada alam, maka pembangunan alam mestilah selari dengan pembangunan manusia. Kepincangan akan berlaku, sekiranya pembangunan alam tidak selari dengan pembangunan manusia."

Dipetik dari UTUSAN ONLINE 11/10/2013

MAKLUMAN TERKINI

Untuk kemudahan saudara yang berminat mengikuti rangkaian-rangkaian televisyen, kami sediakan satu halaman 'TV CHANNELS' untuk saudara. Sebagai permulaan kami pautkan tiga rangkaian televisyen tempatan dahulu.

Sila maklumkan kepada kami rangkaian pilihan saudara, insya-Allah akan kami sertakan di dalam halaman ini.

MAKLUMAN

SENARAI ARTIKEL PILIHAN

Artikel dan bahan pilihan yang dipaparkan di dalam blog ini, dapat saudara ikuti dalam halaman RENCANA.

Terima kasih.

Kalendar

November 2009
I S R K J S A
    Dis »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

Tourism Malaysia TERENGGANU: 609-630 9433 / 9093

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 24 APR 2014

Pagi : Tiada Hujan
Petang : Tiada Hujan
Malam : Tiada Hujan

Minimum : 25 °C
Maksimum : 33 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 24-APR -2014

Imsak 05:36
Subuh 05:46
Syuruk 07:01
Zohor 13:12
Asar 16:25
Maghrib 19:20
Isyak 20:27

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH – 24 APR 1920

PERLETAKAN BATU ASAS TAMBAK JOHOR

Pada hari ini dalam tahun 1920, DYMM Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar telah meletakkan batu asas Tambak Johor. Upacara ini turut dihadiri oleh Sir Lawrence Guillemard sebagai wakil kerajaan Negeri-negeri Selat. Batu asas ini telah diletakkan di bahagian tengah Selat Tebrau iaitu di antara Tanjung Puteri dengan Woodlands, Singapura.

Cadangan pembinaan Tambak Johor ini telah dikemukakan oleh Pengarah Jabatan Kerjaraya Negeri-negeri Bersekutu, Mr W. Eyre Kenny. Keseluruhan struktur Tambak ini berukuran 60 kaki lebar dan menampung dua landasan keretapi serta jalan raya selebar 3645 kaki dari Johor Baharu ke Singapura. Projek pembinaan tambak ini selesai dalam tempoh lima tahun dengan perbelanjaan sebanyak 17 juta ‘Straits Dollars’.

Upacara pembukaan rasmi Tambak Johor telah dilakukan oleh Sir Lawrence Guillemard pada 28 Jun 1924.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: