KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

MASIH LAGI DI KOTA BHARU

Sebelum kita pergi meninjau ke lain-lain tempat di negeri Kelantan ini,   ada baiknya kita lihat dulu  dengan secara terperinci apa yang ada di bandaraya Islam ini.   Lagi pun oleh kerana Kota Bharu ialah bandar yang menjadi ibu negeri Kelantan ini,   maka apa yang berlaku di sini sudah semestinyalah mencerminkan keadaan keseluruhan negeri ini.   Mungkin tidak semuanya,   akan tetapi  ia akan tetap membayangkan senario di tempat-tempat lain itu.

Kota Bharu memang Bandar terbesar di negeri Kelantan.   Ia juga yang lebih pesat pembangunannya,  lebih canggih sistem-sistem kehidupan yang digunakan oleh warganya.   Dengan lain-lain perkataan apa yang berlaku di lain-lain Bandar utama di daerah-daerah dalam negeri ini,  adalah pada logiknya merupakan peratusan dari yang di alami oleh Kota Bharu.

Contoh …. Saya bawa perhatian saudara kepada keadaan lalu lintasnya.   Kesesakan lalu lintas di Bandar ini,

PASAR MALAM 015

Kesesakan lalulintas di KB

kadang kala amat memeningkan kepala,   bukan sahaja kepada pemandu,  penonggang motosikal,  pemandu lori dan bas,  dan pejalan kaki,   tetapi juga kepada pasukan-pasukan penguatkuasa yang dipertanggungjawab menentukan kelicinan dan kelancaran pergerakan lalu lintas.

Kesesakan lalu lintas memang sudah menjadi perkara biasa kepada warga Kota Bharu sekarang.  Kadang-kadang kita akan bertanya … ‘Betulkah kita ini berada di Kota Bharu?.   Adakah kita sedang bermimpi,  iaitu  dengan tiba-tiba sahaja  kita dikepung oleh masalah ini … masalah yang biasa kita lihat di ibu Negara,  di Johor Bharu,  di Pulau Pinang dan lain-lain lagi?.’  Lihat sahaja di persimpangan utama Bandar ini,   di Jambatan Sultan Yahya Petra,   Kubang Kerian  dan di banyak lokasi lagi.   Kesesakan jalan memang sudah menjadi perkara biasa … satu lumrah hidup di sini … terutama di waktu pagi,  di waktu petang dan selalu juga di waktu tengah hari.   Kalaulah betul Kota Bharu ini sunyi kerana ‘kemundurannya’  mengapakah ini berlaku?    Tetapi oleh kerana sifat sabar penggunanya,  sebarang kekecohan tidak berlaku …. Yang akhirnya  menyebabkan perjalanan lalu lintas seperti bias sahaja.

Contoh …  Kita lihat pula di pusat-pusat membeli-belah di Bandar ini.   Hari ini ,  kompleks-kompleks ini sudah bertambah lagi.   Dua tahun lalu terdapat kira-kira  8 buah komplek yang besar.   Sekarang telah bertambah lagi dengan terdirinya dan dibuka untuk urusan perniagaan dua lagi  …  satu di Bandar Baru Kubang Kerian dan satu lagi di pusat Bandar berdepan dengan Pasar Siti Khadijah. Ini tidak termasuk pusat ‘pasar malam’ di Wakaf Che Yeh. Semua pusat-pusat ini,  pada tiap ketika,  tetap dipenuhi pelanggan …. Bukan untuk ‘berlepak’  tetapi untuk membeli belah.   Pada waktu solat kedai-kedai di dalam kompleks ini ditutup  sementara.

Banyak lagi tempat-tempat di Bandar Kota Bharu ini … yang tidak membayangkan sebuah Bandar yang ‘sunyi’. Sebaliknya ia membayangkan  keadaan sebuah kota raya yang pesat membangun,  yang masyarakatnya tidak pun membayangkan sebarang bentuk ‘kemiskinan’.

Inilah Kota Bharu hari ini … ibu negeri Kelantan Darul Naim.

Hak Penulis Terpelihara (c) Elite Prima Communications 2009


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 13, 2009 by in Uncategorized.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

November 2009
M T W T F S S
    Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: