KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

PASAR PAGI dan PASAR MALAM

Pasar pagi  …  di setengah negeri di panggil  ‘pasar tani’  atau  ‘pekan sari’.    Pasar ini berfungsi di sebelah pagi,  iaitu dimulakan pada awal pagi hingga ke tengah hari.    Kemudian ada pula  ‘pasar malam’ … di mana pun namanya serupa,  dan ia dimulakan pada awal petang hingga ke malamnya.

Apakah yang menarik ramai datang ke pasar pagi atau pasar malam ini?    Jawapan kepada soalan ini dapat kita lihat pada barangan yang ditawarkan untuk jualan … keadaannya dan juga harganya.

PASAR MALAM 018

Sayuran bersih.

Jika tumpuan kita ialah sayur-sayuran,   maka akan kita dapati di pasar-pasar pagi ini terutama sekali,   sayuran yang segar,  bersih dan sihat.   Sekurang-kurangnya ia tidak layu … kerana baru saja dipungut sebelum di bawa ke pasar-pasar ini oleh penjualnya.   Selain dari itu sayuran ini ditanam di kawasan rumah atau kampung penjualnya …  dan tidak disiram dengan racun serangga.   Dan penting sekali kepada kita ialah harganya yang murah,  iaitu jika dibandingkan dengan harga yang ditawarkan di pasar mini atau pasar raya.

Kalau pula tumpuan kita ialah ikan,   maka akan kita dapati ikan yang dijual lebih segar dari yang didapati di pasar raya atau ‘pasar basah’  di bandar.   Bukan itu sahaja,   bahkan berbagai jenis ikan dapat kita perolehi termasuk ikan sungai atau ikan air tawar.   Ikan laut seperti kerapu,  cenahak,  siakap dan lain-lain jenis mudah diperolehi.   Ikan sungai pula …  setengah darinya merupakan ikan ‘buruan’  di bandar-bandar besar …  iaitu seperti ikan kelah,  jelawat sungai,  tenggalan dan seumpamanya banyak juga dipasarkan.   Dan seperti juga sayuran,   harganya lebih murah.

Begitulah keadaannya.   Barangan yang dipasarkan  segar,  bersih  dan murah.   Dan banyak pula pilihannya … dan boleh pula tawar menawar.

PASAR MALAM 022

Pelbagai jenis kenderaan digunakan.

Hal yang demikian,  tidak hairanlah membeli belah di pasar pagi atau pasar malam  ini sudah menjadi satu corak atau lumrah hidup masyarakat di kawasan-kawasan yang jauh dari  ibu negara atau pun ibu negeri.   Dan tidak hairanlah juga yang datang melanggan ramai jumlahnya  …  dari semua lapisan masyarakat.   Ada yang datang berjalan kaki,   berbasikal,   bermotosikal,   naik bas  dan  berkereta.    Dari awal pagi lagi mereka datang.    Yang berniaga akan membawa bersamanya barangan untuk diniaganya,   dan yang hendak membeli pula membawa bersamanya bakul dan beg plastik untuk mengisi barangan yang dibeli untuk dibawa pulang.

Di pasar malam,   menu barangan jualannya,   adalah berlainan pula.   Di sini lebih diutamakan barangan masakan untuk pelanggan membawanya balik untuk dihidangkan kepada keluarga.   Corak kehidupan di Kelantan ini utamanya tidak memberi peluang kepada suri rumah menyediakan makanan atau memasak hidangan di rumah.   Kerana mereka juga sibuk di siang hari sama-sama mencari rezeki keluarga.   Untuk makluman,   masyarakat wanita di Kelantan memang terkenal sebagai yang paling aktif di bidang ekonomi.   Lagipun,  ramai ketua keluarga berpendapat,   cara makan begini menyebabkan hubungan kekeluargaan mereka lebih kukuh dan kuat.

Dan begitulah seterusnya.   Kehidupan masyarakat di Kelantan … yang sentiasa dicurah dan disiram dengan baja-baja yang membawa kesuburan minda,   harapan,  aspirasi,  keazaman  dan  ketabahan untuk perjuangan hidup menghadapi cabaran-cabaran zaman akan datang.   Di tempat-tempat seperti pasar-pasar pagi dan malam inilah,   kelihatan unsur-unsur perjuangan ini menyerlah ….  perjuangan untuk hidup dengan sejahtera  … tanpa meminta-minta.

Hak Penulis Terpelihara (c) Elite Prima Communications 2009

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 15, 2009 by in Komuniti.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

November 2009
M T W T F S S
    Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: