KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

BUKAN SATU MASALAH … BUKAN JUGA SATU ALASAN

Di wilayah Pantai Timur Semenanjung Malaysia  ini … terutama di negeri Kelantan,    minat anggota masyarakatnya untuk berjuang dalam kehidupan melalui aktiviti-aktiviti seperti perniagaan,  bertani,  menangkap ikan,  mengeluarkan makanan tradisional,  menghasilkan barangan keraf,  amat menyerlah.   Inilah pegangan hidup mereka … iaitu berusaha untuk mencapai taraf kehidupan yang ceria,  sejahtera dan bahagia.    Mereka berbangga dengan sikap dan kebolehan ini.  Mereka megah dengan hasil yang diperolehi … dengan usaha sendiri.

Dalam suasana begini … segala-galanya,  yang halal … yang tidak menentang norma-norma hidup keIslaman dan keTimuran,  akan mereka laksanakan …. Dengan penuh minat dan azam.

Pada pasar pagi di Pasir Tumbuh,  Kota Bharu Jumaat lalu,  saya bertemu dengan seorang pemancing ikan sungai … Pak Cik Lah.   Umurnya sudah melebihi golongan warga emas.  Dia masih cergas dan gagah.   Mata pencariannya menangkap ikan di sebatang sungai tidak jauh dari rumahnya.  Tiap pagi,  sesudah mendapat hasil usahanya,  Pak Cik Lah menjaja tangkapannya … mula-mula di sepanjang jalan raya dan kemudian di kampung-kampung behampiran.    Pada jam 11 pagi semua hasil tangkapannya selesai dijual.   Pak Cik Lah berjalan kaki sahaja.

Kepada ‘pengusaha’ seperti ini,  hujan bukan menjadi sebab dia tidak berniaga.  Katanya,  ‘Kalau Pak Cik nak tunggu hujan reda,  tak boleh dan tak munasabah.  Kerana rezeki itu datang pada bila masa … hujan ke … panas ke … sentiasa ada menunggu kita.   Jadi kita kena usahalah’.   Inilah semangat juang dalam ‘perniagaan’ di sini.

Seorang lagi  ‘pengusaha’  dari Kampung Peringat … Mak Minah … juga berpendirian yang sama.  Mak Cik yang berusia 60an ini menjual sayur-sayur kampong … seperti kangkong,  pucuk paku merah,  keladi,  jagung muda, jantung pisang,  pucuk janggus (ketereh di Kelantan),  dan lain-lainnya,  berkata  ‘Kalau tiba hujan Mak Cik duduk-duduk sahaja,  susahlah.   Pelanggan Mak Cik tentu menunggu.  Jadi Mak Cik buat seperti biasa.    Hujan atau panas,  pagi-pagi lagi Mak Cik keluar rumah,  mengutip pucuk-pucuk ini.”

Dua insan gigih … penduduk desa.   Masing-masing dengan tujuan dan objektif perjuangan hidup mereka.  

Kepada kita … terutama yang bermastautin di bandar-bandar besar … bila kita lihat sahaja langit hitam hendak mencurahkan hujan … maka kita sudah kelam-kabut.  Masing-masing bertempiaran lari mencari tempat berteduh … atau pulang sahaja ke rumah.  Bila naik sahaja satu inci air di atas jalan raya,   kita sudah panik.   Kesesakan lalu lintas pun mulalah menjelma.   Mengapakah ini harus berlaku?

Mengapa tidak kita terima kedatangan hujan ini dengan tenang.   Janganlah ketibaannya menyebabkan kita terhenti segala urusan hidup kita.   Ia tidak diwujudkan untuk dijadikan alasan dan helah.

Hak Penulis Terpelihara (c) Elite Prima Communications 2009 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on November 19, 2009 by in Uncategorized.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

November 2009
M T W T F S S
    Dec »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: