KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

MENIMBA ILMU PENGETAHUAN … dan ICT

Ilmu pengetuan … untuk siapa … untuk apa … dan mengapa?

Dari mula manusia hidup bertamadun,   ilmu pengetahuan telah dicari.   Berbagai cara dan kaedah digunakan.   Dan berbagai ilmu telah diperolehi.

Dalam dunia di alaf baru hari ini,   kita sedang berlumba untuk menentukan bahawa kita adalah antara yang mempunyai ilmu untuk hidup,  atau kita ini adalah yang berilmu.   Perlumbaan dan   perjuangan ini akan berterusan,  kerana kita juga sedar bahawa tanpa ilmu kita akan ketinggalan,  dan kita dikalahkah dalam perlumbaan ini.

Melalui pendidikan,   pembelajaran  dan  proses menimba ilmu pengetahuan,  kita akan dapat memenuhi keperluan hidup dengan pengetahuan yang amat diperlukan.  Ini semua kerana usaha mencari ilmu pengetahuan adalah penting dan merupakan satu jihad.

Sejarah pendidikan,   mengikut seorang pengkaji sejarah,  Dieter Lenzen,  president  Freie Universitat Berlin di Jerman, dalam tahun 1994,  berpendapat bahawa  “pendidikan telah  bermula berjuta tahun dahulu atau pada akhir tahun 1770.”

Namun pendidikan sebagai satu subjek sains tidak boleh dipisahkan dari tradisi pendidikan yang wujud sebelumnya.  Pendidikan ialah satu respon yang logik kepada perjuangan untuk hidup,  dan telah berkembang sebagai satu bentuk budaya hidup … yang dewasa mendidik yang muda dalam masyarakatnya,   dalam ilmu dan kemahiran yang perlu ada padanya ketika itu … dan kemudian diturunkan kepada keturunan selepasnya.

Budaya ini telah melalui perubahan,  dan manusia sebagai satu spesis bergantung kuat kepada cara menyebarkan pengetahuan dengan sistem ini.

Dalam masyarakat pada zaman sebelum datangnya literasi,  penyebaran pengetahuan telah dilaksanakan secara oral,   dan dengan cara mengajuk-ajuk.   Kaedah bercerita begini terus diamalkan dari satu generasi ke satu generasi.   Bahasa oral atau perkataan itu,  telah berkembang kepada bahasa simbul dan kemudiannya bahasa huruf.

Dan manakala budaya ini mengalami evolusi,   dan manusia cuba menyampaikan pengetahuan di luar kebolehan berkomunikasi,  perdagangan,   mengumpul makanan,   peraturan agama dan lain-lainnya,   maka pendidikan secara formal dan persekolahan pun dimulakan.

Mengikut sejarah,   sistem pendidikan dalam bentuk ini bermula di Negara Mesir antara tahun 3,000 dan 500 sebelum Masehi.

Ilmu pengetahuan adalah yang amat diperlukan oleh manusia …  tanpanya manusia terus hidup dalam kegelapan.  Maka itulah pendidikan,  yang menjadi sumber ilmu pengetahuan,  dijadikan agenda utama dalam kehidupan manusia.

Dasar Pendidikan Negara ada menyatakan iaitu   “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,  rohani,  emosi  dan  jasmani,  berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,  bertanggungjawab  dan  berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.”

Dan hari ini perjalanan dan perjuangan untuk mencari dan menimba ilmu dipermudahkan lagi dengan ujudnya kaedah berteknologi tinggi ICT  –  Teknologi Maklumat dan Komunikasi.

Rasanya,  kaedah ini perlu dimasyarakatkan … dan perlu dirapatkan kepada kehidupan tiap insan …. tidak kira siapa dia,  di mana dia tinggal  dan  apakah latarbelakangnya.   Tidak salah jika dikatakan bahawa adalah menjadi hak tiap insan mencari cara dan kaedah untuk menambahkan ilmu pengetahuannya.

Dan pengetahuan ICT dan aplikasinya … adalah satu-satunya jalan kearah mencapai kecemerlangan dan kesejahteraan hidup dengan ilmu dan pengetahuan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Disember 1, 2009 by in Uncategorized.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: