KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

KEGUNAAN ICT DALAM KEHIDUPAN

Kalau kita ke kawasan desa dan berbincang fasal ICT atau Teknologi Maklumat dan Komunikasi,  kita akan mendapat dua atau tiga jenis respon.

Respon pertama ialah dari mereka yang tidak tahu menahu mengenainya.   Kumpulan ini biasanya terdiri dari  golongan dewasa atau warga emas.  Anggota kumpulan ini,   tidak perlu lagi mengetahui kisah ini,  kerana kata mereka sudah begini lama mereka hidup tidak pernah pun menyentuh hal ini,  dan mereka boleh hidup dengan baik.   Jadi kepada mereka ICT tidak relevan lagi.   Kepada mereka ICT dan peralatannya,  akan menjadi bebanan kepada mereka.   Pendapat mereka ialah bahawa ICT adalah untuk orang-orang yang tertentu sahaja,  bukan untuk orang seperti mereka … untuk orang-orang yang berlebihan wang,  dan untuk orang-orang pandai sahaja.

Respon kedua ialah dari mereka yang banyak berkunjung ke café siber.   Kepada mereka ini ICT bermakna permainan,  perbualan  dan  perjudian … atau kadang kala melayari lamanweb-lamanweb yang lucah dan sebagainya.   Kumpulan ini berminat terhadap ICT kerana ia merupakan sebagai satu alternatif untuk mereka berhibur tanpa had.   Untuk mereka ini,  komputer tidak perlu dibeli … penggunaannya hanya melibat kadar bayaran sekitar RM 2.00 sahaja sejam.  Jadi mereka ka café siber.   Lagipun di tempat-tempat ini,  kawalan terlalu longgar … maklumlah tempat-tempat ini diwujudkan untuk perniagaan.   Yang diperlukan ialah jumlah pelanggan yang datang.   Kalau kawalan ketat dikenakan,  maka kuranglah nanti yang datang.

Dan respon yang ketiga ialah dari mereka yang menggunakan ICT seperti yang sepatutnya,  iaitu untuk mendapat dan menimba ilmu,  mendapatkan maklumat  yang berguna kepada kehidupan mereka,  berinteraksi,   dan menggunakan aplikasi ICT dalam urusan seharian mereka iaitu seperti urusan dengan bank dan jabatan-jabatan kerajaan.   Kumpulan ini tidak ramai.   Rata-rata mereka adalah terdiri dari pelajar yang mempunyai inisiatif,  pegawai-pegawai kerajaan dan swasta,   pengkaji dan penyelidik,  penulis,   wartawan,   dan mereka yang terus berjuang untuk mendapatkan ilmu pengetahuan.

Itulah tiga jenis respon,  dari tiga kumpulan masyarakat yang akan kita temui,  bila kita berbincang mengenai ICT di kawasan desa … atau di mana juga.

Sebenarnya ilmu pengetahuan mengenai ICT dan aplikasinya ini,  memang amat berguna kepada kita.   Tetapi untuk membawanya supaya lebih rapat kepada masyarakaqt,  kita sendiri harus dan diperlu mengetahui ehwalnya dengan sepenuhnya.  Kalau tidak apa yang kita bawa tanpa pengetahuan yang lengkap,  akan membahayakan pula.

Kalau kita perhatikan perkembangan penggunaan ICT dan aplikasinya di beberapa buah Negara dunia,  kita terasa benar bahawa kita ketinggalan agak jauh di belakang.   Mungkin keadaan ini berlaku kerana kurangnya kefahaman kita mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan yang boleh diperolehi melalui kaedah ini.

Di sini ingin saya petik satu Kertas Kerja yang telah dibentangkan di satu Seminar Bahasa dan Pemikiran Melayu,  Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, yang telah diadakan dalam tahun 2002 dahulu.   Kertas ini disediakan oleh Mashkuri Yaacob,   A.N. Zainab,  N.N. Edzan,  Abrizah Abdullah,  Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya.

‘Istilah kaya dan miskin maklumat kerap digunakan tanpa mengambilkira pengertiannya. Ia memerlukan pemahaman mengenai apa yang ditakrifkan sebagai maklumat, bagaimana ianya menjadi kaya dan bagaimana kekayaan ini dapat membantu dalam pertumbuhan ekonomi dan pembangunan atau pembentukan sebuah masyarakat berasaskan pengetahuan.

Maklumat tidak berguna jika ianya tidak digunakan untuk sesuatu tujuan dan ianya menjadi berguna apabila kita menambahkan nilai kepadanya. Ini  dilakukan dalam konteks spesifik atau berdasarkan pengalaman. Apabila maklumat digabungkan dengan konteks dan pengalaman, ianya berubah menjadi ilmu (Harris, 1996). Konteks di sini merujuk kepada pandangan hidup, nilai sosial, agama dan warisan kebudayaan seseorang individu. Pengalaman pula merujuk kepada ilmu yang diperolehi. Pemahaman dan interpretasi yang betul mengenai ilmu bergantung kepada pengalaman, keupayaan kognitif dan konteks dalam mana maklumat dikomunikasikan. Justeru itu, maklumat dan ilmu berhubungkait dengan kekayaan. Dengan itu, walau pun kehadiran dan keupayaan untuk mengakses maklumat merupakan kriteria penting dalam pengwujudan kekayaan atau kemiskinan maklumat, ilmulah yang merupakan  penyumbang utama dalam membuat maklumat itu kaya kerana jika tanpa penambahan makna kepadanya, nilai maklumat yang ada dan boleh diakses adalah rendah. Ini bermakna ketidakupayaan untuk menambah elemen pembangunan kepada maklumat yang sedia ada akan menjadikan maklumat itu miskin dan ketidakupayaan ini menjadi penghalang kepada pembangunan dan kehidupan (Britz dan Blignaut, 1999). Dalam konteks masyarakat Melayu pula, apa yang perlu diperolehi ialah maklumat yang merangsang ilmu di kalangan anggota masyarakat yang akan menggunakan ilmu ini untuk kebaikan sosial, ekonomi dan teknologi.’

Saya kira penjelasan ini dapat membawa kita ke satu arah tuju yang lebih tepat dalam usaha kita memasyarakatkan ilmu ICT ini.

Dan penjelasan ini,  saya yakin dapatlah membantu kita benar-benar membawa ICT ke pangkuan masyarakat kita … terutama yang tinggal di desa.   Selain dari itu,  dapatlah kita,  terutama yang terlibat dalam merancang program dan aktiviti ICT benar-benar faham yang diperlukan,   dan apa yang boleh dibawa untuk dimanfaatkan oleh masyarakat dalam kehidupan seharian mereka.

Kerana,  ICT adalah satu-satunya yang boleh dan dapat membawa masyarakat kita ke tahap kaya dengan ilmu pengetahuan,  yang dengan sendirinya pula dapat meletakkan masyarakat setaraf dengan yang maju di dunia antarabangsa.

Dari Pengarang: Kita akan sambung lagi perbincangan kita mengenai ICT dalam post yang akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Disember 2, 2009 by in Ilmu Pengetahuan, Komuniti.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: