KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

DUNIA YANG LUAS INI

Saya sedang duduk terpaku di pantai pasir-putih-bersih Pantai Bisikan Bayu.   Petang ini tidak ada hujan di Kelantan.  Namun suasana dingin membawa ke sejuk … tambahan  di temani tiupan bayu mesra dari Laut China Selatan.

Di kaki langit … nun jauh di sana,  saujana mata memandang … di langit … awan putih bertukar merah … kerana senja menjelang … bertukar hitam … petanda hujan mendatang.   Renungan mewujudkan pelbagai imej persitiwa yang berlalu dan akan tiba.   Peristiwa-peristiwa yang menggambarkan kemaraan negeri dan Negara ke zaman gemilang … peristiwa-peristiwa yang membayangkan detik-detik perjuangan untuk membawa kebahgiaan dan kesejahteraan kepada masyarakat yang mengidamkan.

Dalam suasana seperti ini,  banyak perkara berada dalam fikiran yang kudus ini.  Perkara-perkara yang melibatkan diri sendiri … dan lebih luas melibatkan masyarakat Negara … dan masyarakat dunia.   Dan bila kita kupas perkara-perkara ini satu persatu … akan hampirlah bahang dan kesannya kepada kita secara individu.

Di Negara kita hari ini,   banjir melanda dari satu tempat ke satu tempat … di timur dan di barat.  Banjir membawa pelbagai implikasi.   Kepada yang terlibat secara langsung membawa erti bahawa mereka terpaksa berpindah mencari tempat yang lebih selamat … menyelamatkan barangan yang harus diselamatkan … menentukan rumah yang ditinggalkan akan selamat dan tidak dipecah masuk.   Mereka juga perlu menentukan kesihatan seisi keluarga sentiasa baik … semasa dan selepas banjir.  Syukurlah ada badan-badan yang membantu secara ikhlas … dan juga secara tanggungjawab.

Kita dengar juga kisah kematian,  kecederaan yang dialami hasil pelanggaran di jalanraya-jalanraya.  Ini juga amat merugikan dan amat mengerikan.   Walaupun banyak kempen dan penerangan diberi,  tetapi kemalangan tetap berlaku.  Di Kelantan,  berita-berita kemalangan di kawasan Gua Musang selalu kita dengar.   Kepada yang bertanggungjawab,  mereka terus berfikir apa lagi yang harus dilakukan untuk mengurangkan kejadian-kejadian ini dari berterusan.   Apakah ini hasil dari keadaan geografi Negara … atau dari sikap masyarakat pengguna?

Kemudian kita terserempak pula dengan kisah-kisah pembunuhan,  pengeboman,  pencurian dan penipuan.   Ini membawa makna bahawa mungkin sistem keselamatan kita  …  iaitu pemantauan,  pengawalan dan penjagaan … perlu disusun semula dan dikaji secara teliti,  praktikal dan profesyenal.

Dan dalam semua ini berlaku,  terdapat pula kisah-kisah perebutan harta pusaka yang masing-masing keluarga menuntut hak.  Walaupun ada hukum-hukumnya boleh dijadikan panduan,  kadangkala emosi membatalkan semuanya.

Inilah senario kehidupan di dunia yang luas hari ini.  Inilah yang menyebabkan otak dan fikiran yang kudus dan kerdil ini kadangkala dalam keadaan berkecamuk dan lintang-pukang.

Termenung kita seketika.  Angin yang tadi sepoi-sepoi bahasa,  sekarang sudah mula garang … sudah mula bertiup dengan kencang.   Apakah alamatnya ini?   Apakah yang harus kita lakukan untuk mengelak diri dari diterbangkan oleh angin ini?

Rasanya,  sebagai individu … individu yang perihatin pula akan keadaan sekitar … ada yang boleh dan mampu kita lakukan.  Mungkin dengan cara kita sendiri,  kita bawa perubahan … mula-mula kepada diri kita … dan kemudian kepada yang terhampir dan terdekat …  dan akhirnya kepada yang berwajib.

Ramai yang mengatakan bahawa mencari ilmu pengetahuan adalah dihakkan kepada yang sedang belajar di sekolah atau pun di institusi-institusi pengajian ini.   Akan tetapi,  cuba kita fikirkan apakah yang boleh dilakukan oleh ilmu pengetahuan.   Saya percaya,   ilmu pengetahuan adalah di sebalik peristiwa-peristiwa ini semua.   Dengan ilmu pengetahuan sikap dan pandangan kita dapat berubah … berubah untuk kebaikan.   Kalau lengkap ilmu dan pengetahuan ini,  dan pengalaman pula membajainya,  maka sudah tentu dapat kita membuat kajian,  analisis,  penelitian,  ramalan dan sebagainya dengan tepat,  tentang apa yang mungkin dan akan berlaku.

Maknanya,   tidaklah perlu kita menuding jari apabila satu-satu peristiwa berlaku,  tetapi sebaliknya menggunakan ilmu pengetahuan dan akal fikiran yang relevan mencari jalan supaya yang buruk itu tidak berulang lagi,   dan yang baik diperkemas dan diteruskan hayatnya.

Dan di tempat-tempat seperti Pantai Bisikan Bayu inilah … bila kita duduk berseorangan … ini semua terlintas di fikiran kita … dan membawa kita berfikir … berfikir dengan tenang dan waras.  Dan pada penghujungnya …. kita akan bertanya apakah yang boleh kita lakukan untuk menjadikan negeri ini … Negara ini … dan dunia yang luas ini … satu tempat …. yang aman,  damai, tenteram dan dipayungi pula oleh kasih sayang,  toleransi dan saling menghormati antara satu sama lain  ….   Tempat untuk kita diami hingga ke akhir zaman.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Disember 4, 2009 by in Uncategorized.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: