KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

UNTUK RENONGAN KITA BERSAMA – 2

Sambil kita berusaha menjalankan tugas-tugas yang fardhu dalam perjuangan hidup,   sambil kita ditenggelami oleh keadaan dan suasana yang berlaku di sekeliling,   maka rasanya elok juga kita menungkan sejenak kisah dan teladan yang boleh kita gunakan sebagai lampu dan cahaya dalam perjalanan  kita ke puncak kejayaan hidup … supaya kita tidak sesat di tengah jalan.

Dunia ini luas,  dan penghuninya berbilion umat manusia … masing-masing dengan gaya dan caranya tersendiri.   Masing-masing mempunyai matlamat yang sama,  iaitu untuk mengecap nikmat kejayaan,  tetapi cara dan kaedah yang digunakan  berlainan antara satu sama lain.

Saya petik di bawah ini pandangan Profesor Dr Hamka:

“Kerap kali kita membicarakan orang yang kita cintai atau kita hormati,  yang telah lama bercerai dengan kita.  Kita ingat segala kebaikannya  dan  tidak pula kurang kita membicarakan kelemahannya.

Perangainya halus,  hatinya suci,  sikapnya jujur,  perkataannya teratur dan budinya mulia.  Kelakuannya baik,  mukanya jernih,  sebab dia memandang hidup dengan penuh pengharapan dan tidak pernah putus asa.   Apa ang diyakininya,  itulah yang dikatakannya  dan apa yang dikatakannya itulah yang diyakininya.

Maka dapatlah disimpulkan bahawa dia seorang budiman.

Dia cerdas,  akalnya tajam,  buah fikirannya baik,  dan dia pun cepat mengambil kesimpulan;   terang otaknya,  luas pandangannya dan jauh  tilikannya.

Maka kita katakan bahawa dia cerdas.

Dia suka bergaul,   suka menolong,  tidak mengasingkan diri dari masyarakat,  tidak memikirkan kepentingan dirinya sendiri atau keluarganya sahaja,  tidak gila pangkat,  mengerti akan kedudukan orang lain  dan  merasa dirinya turut dalam kedudukan itu.   Hormat kepada yang tua,  kasih kepada yang muda,  pandai bergaul,  pandai berkawan.

Maka kita berilah dia gelaran orang masyarakat.

Badannya sihat,  mukanya berseri-seri kerana kesihatan tubuh dan kesihatan jiwanya.  Pakaiannya pun bersih kerana kebersihan hatinya.  Dia gemar berolahraga untuk kesihatan tubuh dan dia suka muzik untuk kesihatan batin.

Maka kita namakannya orang sihat.

Fahamannya luas,  penyelidikannya dalam,  bacaannya banyak.   Sebab itu banyaklah yang diketahuinya,  sehingga dia tidak merasa canggung dalam pergaulan dengan segala lapisan.   Oleh kerana ada pengetahuannya dalam sesuatu hal,  maka dia berani bertanggungjawab.

Maka kita namakannya orang cerdik-pandai.

Semuanya itu:  budi,   akal,   pergaulan,   kesihatan dan pengetahuan,   berkumpul menjadi satu,  pada seseorang.   Kumpulan itulah yang membentuk suatu peribadi.

Lemah atau kuat,   terlebih atau berkurang daripada segala yang tersebut itu,  menyebabkan lemah atau kuat,   lebih atau kurangnya peribadi.

Dialah yang menentukan mutu seseorang.”

 Dipetik dari buku oleh Prof. Dr Hamka berjodol  ‘PERIBADI’.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Disember 4, 2009 by in Uncategorized.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: