KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

MASYARAKAT DESA KE ARAH KEHIDUPAN SEJAHTERA

Dalam dunia yang serba moden dan canggih hari ini,   manakala kita berbincang atau berseminar atau membuat kertas kerja   atau membuat perancangan menganai apa yang perlu kita lakukan untuk membawa kehidupan yang lebih baik dan selesa di zaman mendatang,     kita lebih menumpukan perhatian kepada keadaan kehidupan di bandar.   Kebetulan pula,   kerana kebanyakan dari kita yang terlibat itu tinggal di bandar atau kawasan di pinggiran bandar.   maka  selalulah kita beranggapan bahawa corak hidup yang kita alami adalah corak hidup seluruh masyarakat Negara,  tanpa mengambil kira keadaan yang sebenarnya.

Kita terlupa bahawa ada satu segmen penting dalam masyarakat Negara yang tinggal dan menetap di kawasan-kawasan desa … di mana kehidupan tidaklah begitu moden … dan di mana kehidupan lebih berlandaskan kepada norma-norma kehidupan  biasa … berpandukan ajaran agama … tidak dikejar waktu …  dan tidak dipengaruhi oleh fesyen dan trend.   Di desa corak kehidupan lebih santai dan mesra,  diiringi pula oleh nilai-nilai murni hidup.

Saya kira bukanlah semuanya kita tinggal di kondo dan banglo mewah di taman-taman eksklusif di bandar.    Mungkin sekarang kita nikmati kehidupan seperti ini,   mungkin ayah kita atau ayahnya terdahulu  hidup di kawasan desa atau di

Suasana aman, tenang dan tenteram.

kampong,    di mana kehidupan lebih mudah,    simple,   tenteram dan tenang.    Maksudnya ialah bahawa kita perlu sedar iaitu keadaan kehidupan masyarakat Negara,  bukanlah  ‘keadaan hidup bandar’  keseluruhannya

Sebenarnya   dan   hakikatnya ialah,   di Negara ini terdapat dua kawasan  masyarakat sahaja,   iaitu kawasan bandar dan kawasan luar bandar atau desa.

Fokus harus ditumpukan di kawasan desa.     Kita tidak boleh menafikan bahawa keadaan di desa agak jauh bezanya dengan keadaan di bandar.    Mungkin dari segi fizikalnya banyak infrastrktur telah di bawa ke kawasan ini .    Banyak surau telah di dirikan.    Banyak jambatan telah dibina atau diperbaiki     Banyak pula jalan-jalan kampong telah dinaikkan tarafnya.   Banyak juga makmal-makmal ICT diwujudkan di sekolah-sekolah termasuk di desa.     Dan banyak lagi binaan-binaan infrastruktur disediakan dalam program pembangunan.    Ini semua secara kasar mungkin membayangkan wujudnya pembangunan di kawasan desa.

 Akan tetapi,  dalam perkara pembangunan ini,   bukan sahaja pembangunan fizikal yang diperlukan oleh masyarakat Negara … terutama masyarakat desa.    Mereka lebih memerlukan pembangunan jiwa dan minda.    Mereka perlukan ilmu pengetahuan.      Mereka inginkan suasana kehidupan yang lebih cerah … supaya dengan ilmu pengetahuan dapatlah mereka memahami  dan  menilai apa yang didatangkan kepada mereka.    Pendek kata mereka lebih memerlukan satu pembangunan yang berbentuk  ‘total’  atau  menyeluruh. 

Pendidikan dan pembelajaran,   atau usaha untuk mendapatkan ilmu pengetahuan,   adalah satu-satunya ingredient yang maha penting dalam kehidupan seseorang insan itu.     Kerana ilmu pengetahuan adalah segala-galanya dalam kehidupan  …  dulu,   sekarang    dan   di masa hadapan.    Tanpa ilmu pengetahuan bagaimanakah masyarakat hendak memahami,   menghayati   dan   menikmati  serta  menyertai   segala  program pembangunan  yang dibawa ke kawasan mereka.    Mereka ingin benar ilmu pengetahuan yang relevan kepada kehidupan seharian mereka  … dalam bidang-bidang seperti pertanian,   penternakan,   perikanan,  kesihatan dan perubatan   dan  sebagainya.    

Semua ini membawa makna bahawa yang amat diperlukan ialah ilmu pengetahuan.     Peranan membawa ilmu pengetahuan bukan sahaja tanggungjawab agensi-agensi  berkaitan  seperti Kementerian Pelajaran,     bahkan ia  sepatutnya dilaksanakan juga dan dijadikan agenda utama  oleh pihak media massa … radio dan talivisyen umpamanya.     Kita lihat sahajalah,   berapa peratuskan dari kandungan siarannya yang menumpukan perhatian kepada ilmu pengetahuan.    Kita pun akan bertanya,   apakah etika yang digunakan oleh badan-badan penyiaran hari ini.   Rasanya pernah kita dengar iaitu etika atau garis panduan yang harus digunakan ialah bahawa  badan-badan ini  ialah  memberi maklumat,  pendidikan  dan  hiburan.   Kadar peratusan tiap komponen ini hendaklah diasaskan kepada keadaan masyarakat.    Dan perlu diingat Negara masih berada pada tahap membangun … belum lagi maju.    Ini pula bermakna,  masyarakat lebih memerlukan ilmu pengetahuan dari hiburan.

Dan sekarang dengan adanya kemudahan ICT  ….  ianya perlu dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha menyalurkan ilmu pengetahuan ini.   Cara dan kaedahnya perlulah kita kaji sedalam-dalamnya,   supaya pada akhirnya kaedah ini dapat membantu.

Tiada ilmu pengetahuan,   sama ada yang dibawa secara formal  atau  tidak formal,  melalui kaedah tradisional atau ICT,    maka pemikiran masyarakat akan terus berada pada tahap ‘tidak celik’  atau  ‘illitrate’ dalam bidang-bidang tertentu.   Keadaan ini rasanya tidak dapat membantu usaha membawa masyarakat ke satu penghidupan yang lebih bermakna dan sejahtera di masa-masa mendatang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Disember 5, 2009 by in Komuniti.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: