KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

BILA OMBAK MEMUKUL PANTAI

Jam 11.30 pagi,  hari Sabtu 19 Disember 2009.   Tempatnya di persisiran Pantai Senak,  Bachok,  Kelantan. Angin

Ombak ganas menuju pantai.

tidak lagi bertiup sepoi-sepoi bahasa.   Tiupannya sudah mulai kuat dan hampir kencang.   Ombak sudah juga mulai ganas menghempap pantai.   Keadaan di pantai yang biasanya dikunjungi ramai insan,  terutama pada hari-hari cuti seperti hari ini,  jelas lengang.

Di langit awan putih sudah bertukar hitam,  menandakan ia mengandungi hujan yang akan  turun pada bila-bila masa.

Saya tidak lama di pantai ini … pertama takut dibasahi hujan … dan kedua hanya empat lima orang tempatan sahaja kelihatan cuba memancing di muara sungai yang tidak jauh dari tempat saya berada.

Melihat keadaan ombak di pantai ini,  teringat saya satu berita dalam akhbar mengenai kisah orang-orang kampong yang berasa khuatir tentang hakisan yang didatangkan oleh ombak kuat memukul pantai.  Mereka ini ialah masyarakat  Kampung Pulau Pak Amat,  di Jajahan Kota Bharu.    Ada di antara mereka yang mengambil keputusan meninggalkan kediaman kerana bimbangkan keselamatan mereka.

Kata seorang penduduk kampong teresebut,  sebelum ini jarak antara pantai dengan kediaman mereka lebih satu kilometer jauhnya,  tetapi sekarang tidak sampai pun 500 meter.   Beberapa tempat telah runtuh atau ditenggelamkan air laut,  termasuklah binaan-binaan  seperti kubu  yang didirikan semasa Jepun menyerang Negara dahulu.

Benteng pemecah ombak didirikan di beberapa pantai di Kelantan.

Saya faham perasaan penduduk kampong ini,  kerana bila saya lihat ombak berkejaran menuju pantai,  saya sendiri naik seram sejuk rasanya.

Keadaan ini juga membawa saya kepada satu amaran angin kencang di Pantai Timur Semenanjung Malaysia,  yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorolgi.   Amaran itu menjelaskan bahawa hujan lebat peringkat kuning iaitu hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat yang turun dari semasa ke semasa di Perak dan Kedah bermula hari ini (18 Disember 2009),  dan dijangka berterusan sehingga 20 Disember.

Kata kenyataan itu lagi,  keadaan yang sama dijangka berterusan hingga 22 Disember di kawasan Pantai Timur iaitu di Kelantan,  Terengganu dan Pahang.

Inilah keadaan yang sukar hendak kita hadapi.   Yang perlu kita lakukan,  rasanya,  ialah berjaga-jaga dan sentiasa mengikuti arahan mereka yang dipertanggungjawabkan membantu.

Menghalang hakisan pantai oleh ombak,  memang sukar dilaksanakan.   Cuma kita berikhtiar … umpamanya di beberapa kawasan pantai di Negeri Kelantan  binaan-binaan penahan ombak dibina.   Selain dari itu pohon-pohon rhu juga ditanam untuk membantu.   Di Pantai Senak ini terdapat satu kawasan tepi pantai yang dijadikan tapak semaian pohon rhu.  Ini diselenggarakan oleh Jabatan Perhutanan.

Ombak besar di laut yang kemudian memukul pantai,  hujan lebat  dan tiupan angin kencang …  semua ini adalah

Tapak semaian pohon rhu.

kejadian alam.  Memang ramai yang terlibat … penduduk kampong terpaksa berpindah,  bukan sahaja untuk mengelak hakisan bahkan juga banjir yang akan menjelma … dan masyarakat nelayan pula tidak dapat mencari rezeki  di laut.

Inilah  hakikatnya … kita perlu banyak-banyak bersabar menghadapinya,  sambil sentiasa berjaga-jaga dan menentukan keselamatan seisi keluarga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Disember 19, 2009 by in Uncategorized.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: