KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

SIFAT-SIFAT PEMANGKIN DALAM KEHIDUPAN

Keadaan di Negeri Kelantan boleh menjadi pemangkin kepada kita dalam meneruskan perjuangan hidup.   Apa yang berlaku,  dilakukan  dan  dialami oleh anggota masyarakatnya,  dengan sendiri dapat dijadikan sebagai  landasan,  panduan  dan  bimbingan kepada kita yang mempunyai hasrat dan cita untuk sama-sama berjuang bagi mendapatkan kesejahteraan dan kebahgiaan hidup  di masa hadapan.

Kita  dapat mempelajari cara dan kaedah hidup tanpa bergantung kepada sesiapa.   Kita dapat mempelajari bagaimana hendak mengurus diri dengan baik tanpa bantuan.  Kita dapat hidup berdikari ….  bebas dari apa juga pengaruh negative … dan bebas memikir yang mana baik dan yang mana pula yang tidak baik.  Kita dapat mengenalpasti jalan yang harus diikuti dengan berpandukan ciri-ciri kehidupan berasaskan ajaran agama suci kita Islam.   Kita akan berasa aman,  tenang  dan  tenteram.   Kita berasa syukur atas nikmat yang dianugerahkan oleh Illahi kepada kita.

Apa yang saya catitkan di dalam post ini,   adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sendiri.   Empat puluh tahun yang lalu,  saya mula menjejak kaki di bumi Kelantan. Selama empat tahun berada di tanah bertuah ini,  dan selepas itu berpindah lokasi tugas.   Dan sekarang dua tahun sudah berlalu …. untuk kali keduanya saya menjinakkan diri dengan negeri ini.   Banyak yang telah saya saksikan … dan banyak pula yang  telah menjadi panduan dan pelajaran kepada saya sendiri.   Ini tidak boleh saya nafikan.

Selama empat dekad … memang banyak telah berlaku. Memang banyak perubahan yang dialami oleh negeri ini dan juga masyarakat penghuninya ….  dari segi infrastrukturnya,  landskapnya,  sifat kerohanian dan pemikiran serta semangat juang masyarakatnya.    Perubahan yang telah membawa bersamanya kebaikan  dan  seterusnya kesejahteraan hidup.

Negeri Kelantan,  memang terkenal di seluruh dunia sebagai khazanah segala-galanya yang berkaitan dengan kebudayaan,  kesenian  dan  keIslaman.   Ini adalah satu hakikat.   Senario hidup di sini mencerminkan keadaan ini.

Nilai-nilai hidup yang murni terdapat di tiap rantau yang dijejaki.    Tiap pertemuan dan perbincangan boleh dijadikan pemangkin kepada perjalanan hidup yang lebih mantap,  yang dengan sendirinya dapat memperkasakan ilmu kehidupan yang diwarisi.

Satu perkara yang amat dikagumi ialah semangat  …  semangat perjuangan hidup …  semangat memertabatkan sifat-sifat keMelayuan bangsa.   Ini disuburkan lagi dengan kaedah dan cara hidup yang dipenuhi dengan visi,  missi  dan  matlamat hidup yang secara semula jadi terpahat dalam jiwa tiap insan di negeri ini.

Ramai sudah anak Kelantan yang saya temui … banyaklah pelajaran yang saya perolehi.   Pengalaman hidup dan usaha mereka merupakan satu thesis kehidupan yang menjadi  ‘tenaga pengajar dan pembimbing’  kepada saya untuk menjana kekuatan dalam perjalanan saya ke hari muka.

Negeri Kelantan Darul Naim dan masyarakatnya,   adalah satu-satunya entiti hidup di zaman berdaulat,  merdeka  dan  berteknologi tinggi ini,  yang dapat dimanfaatkan demi kesejahteraan,  kecemerlangan dan kebahgiaan hidup di zaman-zaman yang akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Disember 28, 2009 by in Uncategorized.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Disember 2009
M T W T F S S
« Nov   Jan »
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: