KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Dalam Diam-diam ……

Saya suka melihat keadaan di Negeri Kelantan.   Saya minat dengan keadaan kehidupan dan sikap masyarakatnya.   Saya senang dengan suasana keharmonian, kemurnian dan keikhlasan jiwa tiap insan yang menghuninya.

Pemandangan yang kita hadapi … tenang,  hening  dan  tenteram.   Di tepi pantai … angin bertiup sepoi-sepoi bahasa.   Ombak memeluk pantai membisikkan kisah lama yang terpendam.   Pantai putih bersih … dengan pasir-pasir halus berkilauan  dijamah pula oleh sinaran matahari.   Bekas tapak-takap kaki di permukaan pasir suci bersih … membawa pelbagai kisah dan cerita.   Tetapi keadaan ini,  sementara tidak ada tiupan angin ganas … dan ombak memukul pantai yang tenang.   Kalau bukan musim tengkujuh,  suasana tadi memang sentiasa menunggu ..

Di daratan … saujana mata memandang … terbentang luas … menghijau … dan dipagari oleh pohon-pohon kelapa rendang …  berlatarbelakangkan bukit bukau yang hijau membiru menjangkau langit …. Kawasan tanaman … padi,  sayuran,  kelapa,  getah,  kelapa sawit dan pelbagai lagi.   Mengalir di pinggirannya … sebatang anak sungai yang  membawa air suci jernih.

Memang indah dan memukau … dan dalam senyap menggamit kita untuk bersamanya … untuk menikmati keindahan anugerah Illahi.

Tiada suasana bising di sini.   Tiada asap tebal menyelubungi keindahan ini …. Keindahan yang tiada tolok bandingnya.   Keindahan yang diidamkan oleh setiap manusia yang sudah begitu lama menyedut udara bercemar di Bandar.

Di Kelantan  keadaan ini sudah  menjadi suatu lumrah.

Kepada kita yang baru menjenguk ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini tentu terasa kagum … kagum kerana dalam diam-diam rupanya banyak pembangunan di dalamnya … banyak kemudahan yang dinikmati oleh warganya.

Dalam diam-diam komplek-komplek moden didirikan.  Dalam diam-diam banglo-banglo berciri moden didirikan di kawasan sawahnya ….   di kebun buah-buahannya …. anak-anak negerinya menempa kecemerlangan dan kejayaan dalam bidang pendidikan.     Dalam diam-diam perushaan-perushaan desanya memasuki pasaran global.   Dan dalam diam-diam juga ratusan malah ribuan warganya menunaikan ibadah Haji dan Umrah ke tanah suci.

Dan dalam diam-diam,  dengan penuh semangat .. penuh keazaman Negeri Kelantan membangun maju mengarah ke sebuah perantauan yang mulia,  suci … dan berlandaskan ajaran suci agama Islam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Januari 12, 2010 by in Uncategorized.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Januari 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: