KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Bila Lampu Padam ….

Saya sedang menghadapi komputer … sedang menulis satu artikel untuk dimuatkan ke dalam lamanweb yang telah saya bina bertujuan membentangkan keadaan dan senario negeri di mana saya tinggal dewasa ini.

Satu demi satu ide muncul … satu demi satu juga maklumat menjelma.   Inilah bahan-bahan yang sedang saya susun untuk dijadikan tulisan dalam lamanweb saya.   Banyak isu yang datang menerpa fikiran saya … semuanya saya fikir boleh dijadikan bahan tulisan … yang saya harap dapat dimanfaatkan oleh pelayar lamanweb saya.   Isu-isu mengenai politik negeri dan Negara,   isu ekonomi,   isu kemasyarakatan,   isu-isu berkaitan dengan pendidikan,  berkaitan teknologi  dan  sebagainya.

Saya pilih isu kemasyarakatan … mengenai kisah kehidupan masyarakat.    Saya rasa lain-lain isu seperti politik,  ekonomi dan seumpamanya,   sudah pun banyak yang memberi analisis dan pandangan mengenainya.   Lagi pun,  saya lebih suka dan berminat menumpukan perhatian kepada ehwal kehidupan seharian masyarakat sekeliling.  Tambahan pula,  pandangan dan pendapat ini lebih relevan kepada jiwa saya dan kehidupan seharian saya sendiri,  kerana ianya secara langsung mencorak dan mempengaruhi hidup saya … di perantauan.

Jam di dinding rumah menunjukkan  2.10 pagi.   Suasana di luar sana … sunyi,  aman  dan  tenang … malam ini hujan tidak turun … tetapi dingin.   Purnama melemparkan cayahanya ke alam sekeliling.   Warga kampong di mana saya tinggal  …  saya percaya sedang dibuai mimpi indah.

Dalam usaha saya memikirkan bagaimana hendak memulakan tulisan saya … tiba-tiba lampu di rumah padam.   Maka bergelaplah saya.   Saya bangun untuk mencari lampu suluh … dan di luar … gelap gelita kawasan sekitar … seluruh kampong bergelap.    Saya percaya penghuni rumah-rumah yang kegelapan itu tentu tidak sedar  munculnya kegelapan ini … akan padamnya lampu di rumah mereka.

Oleh kerana lilin di rumah sudah habis,  dan untuk meneruskan tulisan,  saya perlukan lilin untuk menerangi papan kekunci komputer saya,  maka saya keluar untuk ke kedai runcit tidak jauh dari rumah saya.  Kedai ini sudah ditutup.   Beberapa buah kedai runcit di sekitar kampong ini buka 24 jam untuk menampung keperluan mereka yang lambat tidur … atau yang menjalankan kerja sepanjang malam.

Jadi dalam kegelapan,  saya menaiki kereta keluar menuju ke pekan kecil kira-kira 3 km dari rumah.   Sepanjang jalan … suasana gelap gelita menemui saya.   Mujurlah kedai runcit di pekan kecil yang saya tujui,  buka dan bercahaya.

Dalam perjalanan pergi dan balik … terlintas di fikiran saya satu perkara.   Mungkin perkara dan keadaan  ini tidak difikirkan oleh mereka yang bertanggungjawab membawa cahaya ke kawasan-kawasan desa.  Mungkin mereka tidak begitu sedar dan prehatin akan corak hidup masyarakat desa.   Mungkin mereka tidak tahu,  bahawa banyak kedai runcit dan warong-warong makanan dibuka sepanjang hari … siang dan malam.  Mungkin juga mereka tidak kenal kepada usaha insan di desa yang mencari rezeki sepanjang malam.

Saya sampai balik ke rumah,  dan berbekalkan lilin yang dibeli,  saya mencahayakan ruang tempat saya menulis tadi.   Mujurlah ada juga kedai runcit yang dibuka … walau pun tidak berlampu.

Lama juga saya ditemani cahaya lilin tadi … kira-kira 2 jam … sebelum lampu datang semula ke kampong saya.

Tulisan saya,   agak terkeluar sedikit dari topik yang saya pilih kali ini.   Sebenarnya saya hendak membicarakan kisah masyarakat pelajar di desa menjalani pembelajaran mereka.   Bagaimana mereka berusaha untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam pelajaran.   Bagaimana ibu bapa turut serta dalam usaha ini.   Dan bagaimana masyarakat guru bersama memikirkan cara dan kaedah untuk merealisasikan matlamat ini.

Insya-Allah,  topik ini akan saya buat ulasannya dalam tulisan saya akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Januari 29, 2010 by in Uncategorized.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Januari 2010
M T W T F S S
« Dec   Feb »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: