KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Yang Saya Dengar Dan Lihat.

‘Sembang kedai kopi’ …  Pada suatu masa dahulu,  saya kurang faham maknanya.   Pada ketika itu saya menyangka bahawa ‘sembang di kedai kopi’ itu hanya satu aktiviti atau perbuatan untuk menghabiskan masa atau membuang masa sahaja.   Saya berpendapat bahawa mereka yang ramai di warong-warong kopi di mana saja … sama ada di bandar atau pun di desa …. hanya berbuat demikian,  kerana tidak ada lain yang hendak dilaksanakan.   Saya berpendapat juga iaitu yang bersembang ini terdiri dari mereka yang tidak mempunyai kerja apa-apa.   Biasanya waktu aktiviti ini dilakukan di sebelah petang atau malam.

Ada juga yang memberi nama aktiviti ini sebagai  ‘mini parlimen’,   kerana topik yang dihurai atau dibicarakan  mungkin  mengenai ehwal semasa Negara … soal ekonomi atau ehwal politik.

Akan tetapi apabila saya hampiri kumpulan-kumpulan ini,  barulah saya sedar bahawa perbincangan yang diadakan lebih tertumpu kepada ehwal masyarakat,  ehwal perniagaan,   ehwal pendidikan anak-anak dan lain-lain lagi yang relevan dengan kehidupan seharian.

Perbincangan yang dilaksanakan amat serius … dan buah fikiran dan pendapat yang dihuraikan adalah bernas dan padat.

Baru-baru ini saya ‘terperangkap’  di dalam satu dari ‘sembang di kedai kopi ini’.   Saya rasa kagum dengan hujah-hujah yang dibentangkan.   Ahli-ahli kumpulan ini,  semuanya orang-orang biasa,  telah membincangkan mengenai keputusan peperiksaan PMR yang baru selesai dan baru diketahui.   Pandangan yang dihuraikan,  pada pendapat saya,  memang boleh dijadikan gambaran sebenar keperihatinan masyarakat terhadap apa yang berlaku di Negara ini.   Mereka menyatakan peranan yang mesti dimainkan oleh ibu bapa sendiri dalam pendidikan dan pembelajaran anak-anak mereka.  Mereka menekankan bahawa pendidikan anak-anak tidak semestinya dibebankan kepada masyarakat guru semata-mata.   Perbincangan ini,  walaupun tertumpu kepada satu subjek yang serius,  tetapi telah diberi olahan yang mudah difahami oleh semua.

Kemudian,  di satu lagi lokasi,  saya sedang minum di meja sebelah.   Saya telah terdengar satu perbincangan,  saya kira seorang yang hendak membuat rumah,  dengan seorang tukang rumah.   Dalam ‘sembang’ ini juga,  terdapat keikhlasan dan kesungguhan oleh yang terlibat di dalam perbincangan ini.  Setelah beberapa ketika,  perbincangan ini berakhir dengan kedua-dua mereka berjabat tangan … saya kira kerana telah tercapai persetujuan .. tentang harga dan bentuk rumah yang hendak dibina.

Nyatalah bahawa ‘sembang di kedai kopi’  bukanlah lagi satu aktiviti membuang masa atau arena ‘sembang-sembang kosong’  sahaja.   Malah jika kita ikuti apa yang di ‘sembang’kan,  kita akan mendapat faedah dan manfaat darinya.   Dan akan dapatlah kita memahami lebih dalam lagi sifat dan sikap masyarakat,  yang kita seorang dari anggotanya.

Yang amat menarik sekali ialah,  bergema sahaja azan,  maka bersurailah yang ‘bersembang’ tadi untuk menunaikan yang dituntut oleh agama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Februari 4, 2010 by in Komuniti.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Februari 2010
M T W T F S S
« Jan   Mar »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: