KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Segala-galanya Berlaku di Alam sekeliling.

Hari ini tidak ada banyak perbezaan dengan  semalam … atau hari sebelumnya … atau pun hari sebelum itu.   Tiap hari senarionya sama.   Dalam akhbar … melalui siaran radio … tv .. mahupun Internet … kisah atau ceritanya adalah sama sahaja.

Kita bawa perhatian kita ke alam sekeliling … ke sawah padi yang terbentang luas saujana mata memandang… kerja-kerja menyediakan kawasan untuk ditanam padi sedang berlangsung.  Ke pantai-pantai di mana perahu-perahu nelayan penuh dengan muatan tangkapan ikan seharian di laut yang luas  ditarik naik ke pantai.  Ke kawasan kebun di mana sayuran dan tembakau sedang ditanam.  Ke pasar-pasar pagi … di mana peniaga kecilan menarik pelanggan untuk membeli barangan yang diniagakan.

Inilah yang terlukis di kanvas kehidupan di negeri Kelantan hari ini.   Aktiviti kehidupan seharian berjalan dengan rancak dan lancar.  Masing-masing yang terlibat dengan penuh khusuk melaksanakan yang sewajarnya untuk menagih rezeki menampung keperluan hidup.

Fokus tiap insan …  untuk menjana tenaga demi meneruskan kehidupan … selaras dengan cita dan aspirasi masing-masing.

Di mana saja suara riuh rendah dan lantang menggambarkan kegairahan untuk membawa kejayaan dalam hidup.  Tiap perbualan mengarah kepada kisah-kisah yang bermatlamatkan kesejahteraan hidup … untuk diri dan juga seisi keluarga.

Nyata,   tumpuan perhatian ialah kepada usaha-usaha yang harus dilaksanakan,  supaya yang dicitakan dapat direalisasikan.

Inilah fokus dan tumpuan perhatian insan gigih di negeri Cik Siti Wan Kembang.   Dari awal pagi hingga ke larut malam,   tenaga dan akal fikiran  digunakan untuk membawa kesejahteraan dan kebahgiaan hidup … dengan cara yang diredhai Allah.

Kepada mereka,  masanya ialah sekarang.   Sekaranglah mereka harus berbuat sesuatu untuk meningkat taraf kehidupan.   Masa adalah penting … pengurusan masa amat diutamakan.   Tiap detik waktu dihargai.   Kalau tidak,  manakan mereka dapat membina rumah-rumah banglo yang moden.  Kalau tidak,  manakan mereka boleh menyediakan kemudahan untuk menghantar anak-anak mereka melanjutkan pelajaran di mana juga … di dalam dan di luar Negara.   Kalau tidak,  manakan dapat mereka menunaikan fardhu Haji ke tanah suci Mekkah.

Inilah gambaran yang terlukis … yang dimetrai di dalam album kejayaan mereka.

Anak Negeri Kelantan … suatu golongan insan yang gigih … yang tidak segan mengeluarkan keringat untuk kejayaan hidup.

Hari ini menjadi sejarah bila tibanya esok.   Hari ini perlu digunakan waktu sepenuhnya … untuk menentukan masa depan yang lebih cemerlang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Februari 6, 2010 by in Uncategorized.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Februari 2010
M T W T F S S
« Jan   Mar »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: