KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Pengalaman Ialah Guru Yang Terbaik

Apabila angin perubahan bertiup melalui ruang kehidupan sosial,  politikal  dan ekonomik kita,  maka keperluan keselamatan kita dirasakan amat penting.   Kehidupan kita bolehlah diibaratkan sebagai sabuah kapal yang terperangkap di laut luas yang bergelora.

Pelaut yang berpengalaman tahu,  iaitu apabila berhadapan dengan ribut di laut,  yang terbaik dilakukan ialah belayar terus ke tengah-tengah ribut itu,  atau Inggerisnya  ‘into the eye of the storm’,  kerana di sana  (pedapat para saintis)  keadaannya adalah tenang.

Kita boleh menggunakan prinsip yang sama dalam perjalanan hidup kita.  Apabila kita dapati bahawa kita tidak boleh mengawal keadaan yang dibawa oleh suasana external atau luaran,  kita akan dapati ketenangan dan kedamaian dengan melihat kepada keadaan  ‘dalaman’  kita sendiri.

Memahami diri sendiri dan dunia sekeliling boleh membawa perubahan terhadap kesedaran kita,  yang boleh membawa kepada kita keadaan ketenangan fikiran dan memajukan potensi kita sepenuhnya.

Kita hanya boleh merasakan kesesuaian apabila berdepan dengan suasana baru dan pelbagai cara melaksanakan sesuatu itu,  jika kita menghadapinya secara tenang dan positif.  Kita selalu suka menentang idea-idea baru dari orang lain,  atau perubahan-perubahan yang dibawa bersamanya,   kerana kadangkala kita berasa cemburu,  kurang percaya kepada diri sendiri  dan  wujudnya sifat tidak mahu menerima,   dalam diri kita.

Kalau kita singkirkan keadaan negatif ini,   kita akan dapat melihat keadaan dengan lebih positif dan boleh menerima suasana baru dalam kehidupan kita dengan lebih terbuka lagi.

Kita perlu belajar dari apa yang telah berlaku di masa lampau.  Ada baiknya jika dibiarkan masa depan terbentuk dengan sendirinya di keliling kita.

Lagi pun dalam kehidupan kita,   terdapat pelbagai masalah yang menerpa datang.  Kebanyakannya datang dengan tidak diundang.   Tetapi apa juga bentuk masalah ini,   jika dihadapi secara positif,   maka penyelesaian positifnya akan tiba juga akhirnya.   Dan dapatlah kita atasinya dengan jaya.  Pernah dikatakan  ‘bagaimana visi kita,  begitulah dunia kita’.

Biasanya,  pengalaman saya sendiri,  jika saya fokus kepada yang baiknya,  maka baiklah kesudahannya.   Tettapi jika saya lihat yang negatifnya,   maka keadaan itulah yang akan saya hadapi.   Cuba kita tumpukan perhatian kepada yang baik sahaja yang terdapat pada seseorang itu,  iaitu seperti mana kita mahu orang lain melihat kita.

Kita harus sedar bahawa kita hidup dalam dunia yag penuh dengan rintangan,  dan macam mana pun,  dalam apa bentuk sekali pun,   rintangan atau masalah ini akan tiba dalam kehidupan kita.   Inilah cabaran yang perlu kita hadapi dan atasi.   Cara menghadapi dan mengatasinya ?  …. Kita gunakan akal fikiran kita dengan waras,   dengan tenang dan positif. Inilah kekuatan kita.   Seperti jugalah kaedahnya kita mengubah pancaran cahaya matahari untuk menjana tenaga elektrik bagi kegunaan kehidupan seharian kita.

Hari ini masalah di dapati di mana-mana.   Dalam arena politik,   di bidang ekonomi,  perniagaan,  pendidikan,  sosial,   kekeluargaan dan lain-lain.   Ini semua adalah cabaran kepada kita.   Tiap masalah itu mempunyai profilnya sendiri.   Tiap masalah itu mungkin dipengaruhi oleh sejarah,   warisan,   geografi  dan  sebagainya.   Tiap masalah itu mungkin bermula dari satu-satunya yang terbaik,   tetapi oleh kerana jalan yang dilalui,   atau cara aktiviti itu dibawa dalam pelaksanaannya,  dan pengaruh-pengaruh dalaman dan luaran,   maka muncullah ia sebagai masalah.

Oleh hal yang demikian,  percayalah,  masalah bukanlah masalah,   kecuali bila kita melihat dan mengiktirafnya sebagai masalah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Februari 7, 2010 by in Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Februari 2010
M T W T F S S
« Jan   Mar »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: