KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Kota Bharu hari ini

Sabtu 13 Februari 2010.   Waktunya 4.30 pagi.   Saya sedang menulis post ini.   Rata-rata suasana sunyi sepi.   Mungkin kerana saya tinggal di kawasan kampong.   Jadi tidak banyak aktiviti yang saya sedari berlaku.   Mungkin kebanyakan penghuni kampong ini sedang nyenyak tidur.   Tetapi ada yang masih belum tidur,   dan mungkin ada yang baru bangun untuk memulakan aktiviti harian.   Menyediakan barangan untuk jualan … di pasar-pasar pagi … atau di pasar besar Siti Khadijah …. pasar utama di Kota Bharu,  Kelantan.

Hari ini hari cuti hujung minggu.  Di Kelantan cuti hujung minggu ialah pada hari Jumaat dan Sabtu.  Pejabat-pejabat Kerajaan,  sekolah dan beberapa gedung perniagaan pun bercuti pada hujung minggu.   Minggu ini ditambah dua hari lagi iaitu Ahad dan Isnin … cuti  Tahun Baru masyarakat Cina.

Di jalan raya yang melintasi kampong ini,  sudah banyak kenderaan melaluinya … kebanyakannya lori dan van yang membawa muatan untuk ke pasar.

Pada hari Sabtu biasanya terdapat beberapa pasar pagi di beberapa tempat di Negeri Kelantan.  Pasar pagi di Binjai satu darinya …  Bijai ialah sebuah kampong tidak jauh dari tempat saya tinggal … dan tidak jauh dari Bandar Raya Kota Bharu.   Di sini,  persediaan untuk menerima pelanggan bermula dari awal pagi.   Peniaga-peniaga kecilan dari kampong-kampung berhampiran mula tiba untuk menyediakan tempat mereka berniaga.   Barangan yang diniagakan pelbagai … dari pucuk-pucuk untuk dijadikan ulaman,   ikan-ikan basah .. dari laut atau sungai,  juadah-juadah untuk sarapan pagi,  barangan-barangan kain dan baju,  barangan keperluan harian … dan sebagainya.

Se awal 7 pagi,  pelanggan mula datang.   Mulalah kedengaran riuh rendah peniaga menarik perhatian pelanggan membeli barangan mereka.

Ini satu suasana yang sukar didapati di bandar-bandar besar.   Cuma,  kalau terdapat pun suasana yang serupa ialah di pasar-pasar borong yang banyak diwujudkan.  Tetapi suasana jual belinya memang berbeza.  Bukan sahaja dari segi barangan yang diniagakan,  bahkan dari segi harga yang ditawarkan.   Memang banyak perbezaannya.

Lagi pun barangan yang diniagakan adalah hasil usaha penjual itu sendiri.  Umpamanya Pak Lah … seorang warga emas yang menjual ikan tangkapannya dari sungai di tepi pasar pagi ini diadakan.   Mak Bedah yang menjual pucuk-pucuk yang dikutip dari kawasan kampungnya.  Dan beberapa orang lagi yang menjual juadah untuk sarapan pagi seperti nasi dagang,  nasi kerabu,  nasi berlauk dan sebagainya.

Keceriaan mereka dapat kita rasai bersama.   Kegembiraan mereka dapat menjual barangan yang disediakan sepanjang hari dan malam sebelumnya,  mendatangkan rezeki halal untuk mereka meneruskan hidup di desa cemerlang.

Kota Bharu hari ini.   Tiap penghuninya sibuk dengan aktiviti mereka masing-masing.   Tidak ada yang berdiam diri atau berpeluk tubuh menunggu rezeki bergolek datang.   Tiap seorang serius dan komited untuk mencapai matlamat hidup yang lebih sejahtera dan cemerlang.

Itu di pasar-pasar pagi.   Di tempat-tempat di mana dijalankan perniagaan sederhana besarnya pun begitu juga suasananya. 

Negeri Kelantan,  bukan sahaja dikenali sebagai  khazanah sejarah dan warisan, kebudayaan dan kesenian,  malah lebih dikenali sebagai hub aktiviti perniagaan dan perushaan masyarakat Melayu di negara ini.   Ini merupakan satu suasana yang harus dijadikan kebanggaan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Februari 13, 2010 by in Ekonomi, Komuniti.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Februari 2010
M T W T F S S
« Jan   Mar »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: