KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

PERJALANAN KE SELATAN – Satu pengalaman baru

Agak sudah lama juga saya tidak berkereta ke bahagian selatan negara,  iaitu dari Kelantan.  Akhir sekali ialah kira-kira tiga tahun yang lalu.

Saya mulakan perjalanan bukan melalui lebuhraya melalui Gua Musang di Kelantan yang biasa digunakan oleh mereka dari Kota Bharu hendak ke ibu negara,  tetapi mengikuti laluan Jerteh,  Kuala Terengganu dan seterusnya ke selatan.  Laluan inilah yang selalu saya gunakan dahulu.  Memang mengambil masa yang agak lebih panjang sedikit,  tetapi saya rasa selesa

Pantai di Terengganu

menggunakan jalanraya ini terutama apabila menyusuri kawasan-kawan pantai di negeri Terengganu.

Saya bertolak di awal pagi dari Kota Bharu.  Selama dua jam saya sudah sampai ke bandar raya Kuala Terengganu.  Perjalanan berjalan dengan licin.  Banyak lalulintas,  tetapi tidak membimbangkan.  Keadaan jalan memang baik dan menggembirakan pengguna seperti saya. Lebih kurang tiga jam kemudian saya tiba di bandar utama Pahang,  Kuantan.

Saya bentangkan kisah perjalanan ini bukan kerana apa,  tetapi semata-mata untuk membayangkan pengalaman saya semasa melalui kawasan-kawasan yang sekarang sudah banyak berubah … khususnya dari segi fizikalnya.

Kalau dahulu … di awal tahun 60-an …saya terpaksa merintasi beberapa batang sungai di sepanjang jalanan dengan menggunakan feri … lebih kurang 14 semuanya,  tetapi hari ini tiada ferri lagi yang boleh melambatkan perjalanan. Dahulu masa yang diambil lebih kurang 12 jam dari ibunegara ke Kota Bharu di Kelantan,  hari ini hanya mengambil masa lebih kurang 8 jam iaitu mengikut laluan ini.

Pemandangan di sepanjang jalan pun sudah banyak mengalami perubahan.  Tiada sebatang jalan pun yang sunyi.  Setidak-tidaknya ada saja warong-warong yang menyediakan pelbagai jenis makanan untuk di nikmati oleh para pengembara.

Saya akan sambung kisah ini dalam masa terdekat.  Semoga pengalaman yang saya paparkan ini,  akan memberi panduan kepada saudara.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 21, 2011 by in Makluman.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Mei 2011
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: