KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

PENGEMBARA DI NEGARA SENDIRI

Melalui laman  ‘PENGEMBARA’  di dalam,  saya menjemput saudara mengembara di negara kita sendiri.

Pernah dikatakan oleh bijak pandai bahawa mengenali diri sendiri adalah lebih baik dari mengenali orang lain,   dan tindakan ini harus kita laksanakan terlebih dahulu.  Maknanya ialah kenalilah diri kita  … kelemahan kita dan kekuatan kita dahulu sebelum kita cuba melihat dan meninjau keadaan orang lain.

Dalam keadaan yang sama,  haruslah kita terlebih dahulu mengenali dan mengetahui ehwal negara kita,  sebelum kita berfikir dan mengambil langkah mengenali negara lain.  Kerana,  masih banyak yang belum kita ketahui mengenai negara kita sendiri.

Kadang kala kita berasa malu bila mendengar kisah negara kita sendiri yang lebih banyak diketahui oleh mereka yang datang dari luar.  Umpamanya mengenai sejarah kita,  kebanyakan dari tulisan dan penyelidikan adalah dilaksanakan oleh ahli-ahli sejarah dari luar.  Ehwal sejarah awal negeri Kelantan sebagai satu lagi contoh.  Kisah-kisah mengenai pemerintahan Paduka Siti atau Cik Siti Wan Kembang,  dan pemerintahan sebelumnya … pemerintahan di zaman Pan Pan,  Sri Wijaya dan sebagainya,  tidak banyak diketahui oleh kita sendiri.   Kadang kala kita tidak pun tahu di manakah letaknya pusat-pusat pemerintahan ini,  dan apakah usaha kita untuk memeliharanya demi kepentingan kita di masa hadapan.

Kisah-kisah yang berlaku dalam sejarah moden negara pun begitu juga keadaannya.   Pendaratan tentera Jepun di Pantai Kuala Pak Amat semasa bermulanya Perang Dunia Kedua dahulu,  kubu-kubu pertahanan yang telah dibina,  pahlawan-pahlawan yang telah menyambung nyawa berjuang mempertahankan negara ketika itu,  tidak ramai antara kita yang mengetahuinya.

Begitu juga mengenai kisah tokoh-tokoh negeri Kelantan seperti Tok Pulai Chondong,  Tok Janggut  dan banyak lagi … tidak banyak yang kita ketahui,  sehinggakan ada yang mengatakan bahawa kisah-kisah ini adalah cerita-cerita dongeng semata-mata.

Jadi melalui laman ini,  saya menjemput saudara yang cintakan tanahair kita ‘menepuk dada dan tanya selera’.  Mulakanlah satu ikhtiar untuk mengenali negara kita,  secara lebih profesyenal,   supaya akhirnya bukanlah kita yang mendengar kisah-kisah ini diceritakan oleh ‘pendatang’,  bahkan oleh kita sendiri.  Ini seharusnya menjadi satu kebanggaan kepada kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 22, 2011 by in Ehwal Sejarah, Ilmu Pengetahuan, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Mei 2011
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: