KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Maka Berfikirlah Kita …

Dalam suasana hening,  tenteram,  sunyi sepi di waktu malam,  tambahan pula di tempat-tempat tepian bandar, atau di desa, seperti di kawasan pinggiran Kota Bharu ini,  kita akan terbawa kepada berfikir panjang tentang keadaan hidup ini.  Banyak soalan yang timbul dalam fikiran.  Banyak soalan yang muncul bertanyakan apakah yang berlaku hari ini di sekitar kita,  atau pun yang berlaku jauh di kawasan tanah runtuh di Hulu Langat sana,  menjejas kehidupan kita.  Dan bagaimanakah harus kita beri respon kepada keadaan-keadaan seperti ini.

Kemudian teringat pula kita kepada tajuk-tajuk berita yang terpampang di muka surat akhbar-akhbar hari ini …. lagi banyak soalan yang muncul.

Pendek kata,  apa yang berlaku,  sama ada secara langsung atau tidak langsung menjejas kehidupan kita,  dan seterusnya menimbulkan pelbagai soalan yang perlu juga kita fikirkan jawapan-jawapannya. Akan tetapi adakah jawapan-jawapan ini akan menukar corak hidup kita?

Logiknya,  dirasakan lebih baiklah kita tumpukan perhatian kepada suasana dan keadaan diri kita sendiri.

Sebagai seorang individu,  yang sedang menjalani hidup dalam dunia yang serba moden ini,  rasanya yang terpenting kita lakukan ialah mendapatkan apa juga ilmu yang boleh kita capai.  Kerana ilmu ini akan membolehkan kita berfikir dengan matang.  Ilmu juga dapat memandu dan membantu kita membuat pemilihan yang bijaksana dan tepat dalam kita mencari jalan dan kaedah terbaik untuk kita menjana kekuatan menghadapi cabaran-cabaran di masa depan.

Contohnya,  jika kita matang berfikir,  iaitu dengan disokong dan dibimbing oleh ilmu pengetahuan,  maka kita akan dapat mendalami semasak-masaknya tentang akibat atau manfaat yang mungkin didatangkan oleh cadangan-cadangan baru yang dibawa kepada kita.  Kita akan dapat menimbangkan buruk baiknya,  tambahan pula apabila kita dilengkapkan dengan maklumat yang selengkapnya.  Inilah yang perlu kita laksanakan iaitu  mengkaji … meninjau … meneliti … menyelidik … mendapatkan maklumat dan kemudian bertindak.

Inilah yang sedang saya fikirkan diwaktu ini … jam 4.00 pagi.  Di luar sana sunyi sepi .  Yang kedengaran hanya bunyian irama unggas-unggas malam.  Kadangkala irama inilah yang boleh membawa kita berfikir sedalam-dalamnya akan riwayat dan kisah hidup kita yang lalu dan yang akan datang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Mei 25, 2011 by in Ehwal Semasa, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Mei 2011
M T W T F S S
« Apr   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: