KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Pengalaman Dalam Perjalanan

Saya masih ingat lagi,  kira-kira 50 tahun lalu,  perjalanan berkereta dari ibu negara Kuala Lumpur ke Kota Bharu di Kelantan,  mengambil masa hampir 12 jam lamanya.  Ada kalanya lebih lama dari ini.

Sebab utama ialah pada ketika itu feri digunakan untuk menyeberangi sungai-sungai yang terdapat di Pahang,  Terengganu

Pemandangan indah menemani perjalanan

dan  Kelantan.  Belum ada jambatan dibina ketika itu … masih dalam perancangan.   Sebab kedua ialah keadaan fizikal jalan raya menyebabkan kita sentiasa berasa bimbang dan takut.   Takut kalau-kalau dalam perjalanan itu kita akan termasuk lopak dalam dan sebagainya.   Sebab ketiga ialah kereta-kereta yang berada di jalan raya tidaklah begitu canggih yang boleh dipandu dengan laju.

Dan sebab keempat ialah di jalan raya yang melalui kawasan hutan,  terutama disebelah malamnya,  kadang kala terjumpalah kita binatang-binatang buas dan ganas melintas atau duduk di tengah-tengah jalan raya.

Hari ini,  jumlah waktu diambil untuk perjalanan berkereta dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu,  tidak jauh bezanya.  Kalau dulu mengambil masa hampir 12 jam,  hari ini jika digunakan laluan pantai,  iaitu melalui Kuantan dan  Kuala Terengganu mengambil masa lebih kurang 8 jam.  Kurang 4 jam.   Tetapi jika digunakan laluan sentral iaitu melalui Kuala Lipis,  Pahang dan Gua Musang,  Kelantan,  mengambil masa kira-kira 6 jam.

Yang menjadi sebab jangka waktu ini tidak boleh disingkatkan lagi,  bukanlah sungai yang perlu diseberangi atau binatang buas yang beristerihat di tengah jalan,  tetapi ialah kerana kesesakan jalan raya yang dihasilkan oleh kerja-kerja pembangunan jalan raya,  atau membaiki jalan raya,  atau menyenggara jalan raya,  atau banjir di tengah jalan.  Atau pun kesesakan yang disebabkan oleh kemalangan yang berlaku di jalan raya yang kita lalui.

Lalu lintas sesak - di hadapan kerja pembangunan

Inilah rupa-rupanya yang dihasilkan oleh usaha-usaha membangun di era pembangunan hari ini.  Jalan diperbaiki dan dimodenkan reka bentuknya,  bukan semata-mata untuk memberi kemudahan pengangkutan, atau memendekkan waktu perjalanan,  bahkan bersamanya juga membawa mudarat kepada yang tidak peka kepada keselamatan diri dan awam.

Apa yang boleh dikatakan,  melainkan mengingat kata bijak pandai iaitu ‘yang baik dan bermanfaat itu,  selalunya diikuti di belakangnya oleh yang buruk dan membawa kecelakaan.’   Yang perlu kita lakukan ialah  ‘sentiasalah kita berwaspada.’

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 3, 2011 by in Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: