KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Apakah makna KELANTAN kepada saya!

Saya tidak berhajat untuk menghuraikan asal usul perkataan ‘Kelantan’.  Sudah sememangnyalah nama sesebuah negeri atau negara itu ada asal usul dan sejarahnya.  Nama Kelantan tidak terkecuali.

Tujuan tulisan saya ini semata-mata untuk menggambarkan apakah Kelantan … maknanya dan kaitannya dengan kehidupan saya.

Saya pernah berkhidmat di negeri Kelantan ini seawal tahun 1960 lagi.  Saya berkhidmat dengan sebuah Jabatan Kerajaan yang tugas saya mempunyai hubungan yang rapat dengan negeri ini dan warganya.  Saya berada di sini selama lebih kurang lima tahun,  dan selepas itu saya bertukar balik ke ibu negara untuk berkhidmat di sana pula.

Dari awal lagi saya terpesona dengan keadaan negeri Kelantan.  Pemandangan yang indah.  Alam semula jadi yang amat

Keindahan desa Kelantan

memukau dan menarik tiap insan yang melihatnya.  Keadaan masyarakat sekeliling…. suasana perkampungan dan kemasyarakatannya…. keikhlasan dan keazaman tiap warganya dalam menjalani hidup seharian.   Dan banyak lagi.  Semua ini menjadi tarikan kepada saya.

Pendek kata,  memang banyak perkara yang telah saya pelajari selama lima tahun saya berada di negeri yang dikenali dengan panggilan  Negeri Cik Siti Wang Kembang ini.

Dalam menjalankan tugas saya sebagai seorang pegawai Kerajaan yang perlu berdamping rapat dengan masyarakat setempat,  saya kagum melihat cara dan kaedah warga negeri ini menjalani hidup mereka.  Di mana saja saya pergi … yang saya lihat dan saksikan menyebabkan saya berfikir betapa indahnya jika seluruh warga negara Malaysia mempunyai sikap dan sifat seperti yang saya perhatikan di sini.   Dalam apa juga bidang … yang jelas dan nyata ialah kesungguhan masyarakatnya.   Dalam bidang perniagaan umpamanya,  kegigihan mereka boleh dijadikan sebagai satu teladan.  Kegigihan ini telah membawa kejayaan kepada ramai anak negeri ini.

Memang diketahui bahawa Kelantan masyhor dengan perushaan kain batik, tenunan songket,  pertukangan perak dan

Kain batik buatan Kelantan

tembaga,  ukiran kayu dan lain-lainnya.  Jika kita lihat dari dekat,  akan kita dapati anak negeri memainkan peranan penting dan besar  dalam perushaan-perushaan ini.   Dalam lain-lain bidang seperti perniagaan restoran,  warung, mini market,  dan sebagainya … yang menerajunya ialah anak negeri juga.  Begitulah juga dalam bidang-bidang seperti perkilangan, pembuatan dan pembinaan … mereka juga yang berada di hadapan.  Dan banyak lagi bidang yang diceburi dan dimiliki oleh mereka.

Kepada saya,  yang berasal dari negeri bukan Kelantan,  ini merupakan satu kejayaan kepada anak negeri ini dalam memacu kehidupan yang amat berjaya.

Dan keadaan ini juga yang banyak membawa erti dan makna kehidupan yang maju dan lengkap.  Rasanya,  apa yang dilakukan dan berlaku di Negeri Kelantan adalah selaras dengan konsep pembangunan global iaitu membawa negara dan warganya kepada alam pembangunan yang menyeluruh atau ‘total development’.    Dan ini juga selaras dengan usaha kita untuk ‘membawa pembangunan sepanjang hayat’.

Ini semua mempunyai makna yang tidak ternilai kepada saya yang ‘menumpang sekampung’  di Negeri Kelantan Darul Naim.

One comment on “Apakah makna KELANTAN kepada saya!

  1. prak8
    Januari 24, 2012

    terima kasih atas pujian diberikan tapi sayang,masih ramai memandang kelantan dengan stigma yang negatif,,keburukan digembar gemburkan menenggelamkan terus kebaikan.Saya harap satu hari nanti orang lain akan sedar kelantan bukanlah seburuk disangka,

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 8, 2011 by in Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: