KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Selayang pandang desa yang permai

Pada satu ketika dahulu,  jika kita berkereta dari ibu negara ke kawasan pantai timur Semenanjung,  atau ke negeri-negeri di sebelah utara,  atau ke kawasan selatan,   di sepanjang jalan kita dapat menikmati pemandangan-pemandangan yang indah dan mempesonakan.   Kita dapat melihat kampung-kampung tradisional bertaburan di kiri kanan jalan.  Dapat kita lihat sawah padi yang menghijau terbentang luas.  Dan pada tabir di belakang sana ialah gunung ganang dan bukit bukau yang menjangkau langit yang membiru mengalu-alukan perjalanan kita.

Hari ini suasana dan pemandangan ini agak sudah berkurangan,  tambahan pula kita sekarang dihubungi antara satu bandar dengan satu bandar lain,  oleh sistem lebuh raya yang moden, yang menjalar di kawasan-kawasan yang dulunya hutan belantara.  Jadi hari ini,  lebih menemui kita ialah hutan rimba yang kurang benar penghuninya,  atau deretan pohon-pohon getah dan kelapa sawit.  Kadang kala,  kira rasa rindu kepada senario yang pernah kita lalui dahulu.

Apa pun inilah yang dikatakan  hasil dan perubahan yang dibawa oleh pembangunan kepada kehidupan kita.

Akan tetapi,  jika kita merintasi negara melalui jalan-jalan lama,  yang masih digunakan untuk perhubungan,  senario dan pemandangan ini masih dapat kita alami.

Contohnya,  perjalanan kita dari Kuantan ke Kota Bharu,  di pantai timur Semenanjung,  kita masih dapat menikmati pemandangan yang indah ini berada di keliling kita.   Di sepanjang jalan,  kita akan bertemu dan merasai nikmat hidup di desa.  Dapat kita lihat rumah-rumah tradisional Melayu dikelilingi pohon buah-buahan yang hidup menghijau subur.  Kita masih dapat menyaksikan warga desa … kanak-kanak bermain di laman rumah … masyarakat wanitanya sibuk dengan urusan mereka,  sama ada menjemur kain di talian,  menumbuk padi menggunakan lesung tangan atau lesung kaki … warga remajanya bermain sepak takraw atau  gasing … dan nun di tengah sawah kaum bapanya pula sedang menguruskan tanaman padi yang sedang berbunga … dan berbagai lagi kisah hidup di desa.

Dan di sepanjang jalan,  dapat pula kita berhenti rihat sebentar di warung-warung yang menyediakan pelbagai  hidangan tradisional yang amat menyelerakan.  Bukan itu saja,  bahkan ada sajalah yang menegur sapa kita,  walaupun inilah pertama kali berjumpa.   Kita rasa tidak jemu dan tidak pula kita terasa keletihan kerana jauh perjalanan.

Suasana dan keadaan seperti inilah yang menyebabkan yang romantik itu lebih memilih ‘jalan lama’  untuk merintas negara … dari menggunakan lebuh-lebuh raya yang serba moden itu untuk menuju destinasi masing-masing.

Nampaknya,   apa yang berlaku di negara hari ini,  ialah perjalanan seiring … di antara yang dahulu dengan yang sekarang.  Tiap satu mempunyai keistimewaannya masing-masing.  Tiap satu membawa kita mengalami kisah-kisah yang menyubur dan menambahkan lagi pengalaman hidup kita di Malaysia yang sedang membangun maju ini.     Syukur Alhamdulillah !

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 10, 2011 by in Renungan.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: