KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Anak kita di IPT

Sudah hampir sebulan anak-anak kita yang memulakan kehidupan baru mereka untuk mengejar dan menimba ilmu di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di tanahair.   Kepada kebanyakan mereka kehidupan baru ini serba mencabar.

Cabaran yang dihadapi ini dalam berbagai bentuk dan rupa.   Kepada mereka yang biasa dan pernah tinggal di sekolah-sekolah berasrama,  maka keadaan dan suasana hidup ini tidak menjadi masalah yang besar.  Mereka cuma perlu mengubah lokasi dan menggantikan kumpulan murid-murid sekolah kepada pelajar-pelajar di  IPT.  Itu saja.    Yang lainnya agak sama sahaja.   Walau apa pun perbezaan itu tetap ada.

Umpamanya,   semasa di sekolah,   mereka tidak begitu bebas dalam perkara menghadiri kelas-kelas,  dan biasanya ditentukan oleh jadual waktu yang disediakan.  Perlulah mereka mengikut jadual ini dengan tepat.   Lagi pun mereka tidak perlu meninggal bilik darjah untuk mengikuti pelajaran seterusnya.  Mungkin kalau ada pertukaran bilik darjah pun ialah bila mereka mengikuti kelas sains praktikal atau pun perlu ke makmal komputer.   Dan apabila tamat waktu persekolahan,  maka di rumah atau pun di bilik asrama,  mereka akan menyelesaikan kerja-kerja rumah atau ‘homework’

Di IPT mereka agak bebas mengenai urusan pembelajaran mereka.  Lebih masa akan mereka gunakan  menjalankan kerja-kerja rujukan di perpustakaan.  Pendek kata di sinilah banyak mereka  menggunakan masa lapang mereka,  kerana di sinilah segala buku rujukan boleh didapati.  Dalam erti kata lain,  keadaan inilah yang membezakan kaedah pembelanjaran mereka.   Di bilik kuliah mereka akan dipandu dan dibimbing dalam mata pelajaran yang utama oleh pensyarah.   Selainnya menjadi urusan mereka sendiri.  Dalam hal ini mereka lebih bebas.

Seperkara lagi yang perlu mereka hadapi ialah soal membuat keputusan mengenai perkara-perkara yang melibatkan kehidupan mereka.  Sebelum ke IPT,  apa juga masalah yang timbul boleh dibincangkan dengan ibu bapa.  Sekarang mereka harus membuat pertimbangan,  keputusan  dan  tindakan sendiri.  Ini merupakan satu cabaran yang amat besar kepada mereka.  Begitu juga halnya dengan masalah kewangan yang mungkin timbul.    Semasa bersama keluarga,  perkara ini jarang kali timbul,  kerana punca penyelesaiannya berada di sisi mereka.   Sekarang,  ini juga menjadi satu cabaran.  Mereka harus mengetahui membuat belanjauan sendiri … menentukan bahawa mereka tidak kering di poket.

Apa pun inilah cabaran-cabaran yang perlu mereka hadapi,  dalam mereka melangkah ke satu ruang kehidupan yang lebih luas dan lebih mencabar.  Ini semua merupakan satu subjek dalam pembelajaran mereka di IPT … satu subjek yang harus di halusi dan dititikberatkan.   Atau dalam lain-lain perkataan boleh dikatakan bahawa kehidupan mereka di IPT akan merupakan satu ujian dalam mereka memasuki zaman dewasa kelak.

Insya-Allah  dengan keazaman,  ketabahan  dan  semangat juang yang tinggi,  mereka tetap berjaya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 13, 2011 by in Ilmu Pengetahuan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: