KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Hidup Bermasyarakat

Semasa masih kecil lagi saya telah didedahkan kepada masyarakat. Ini dilakukan oleh kedua orang tua saya dengan cara membawa saya menziarah rakan taulannya … sama ada yang tinggal di sebelah rumah, atau pun yang tinggal jauh di Bandar yang lain. Saya amat gembira bila dibawa oleh mereka dalam kunjungan-kunjungan ini. Saya juga berasa megah bila saya diperkenalkan kepada rakan-rakan mereka ini.

Kepada saya, ini adalah satu aktiviti yang baik dan bermanfaat. Melaluinya dapat kita menambahkan lagi kumpulan yang menjadi kenalan kita. Dan melaluinya juga, dapatlah kita meluaskan lagi pemandangan kita, dan bertambahlah lagi pengetahuan kita. Selain dari itu akan wujudlah saling memahami dan menghormamti antara satu sama lain.

Lama juga suasana dan keadaan ini saya alami. Mulai dari waktu itu, ramailah yang menjadi teman dan sahabat saya. Tidaklah lagi saya keseorangan dan sunyi sepi. Kami sekeluarga sering menerima tetamu. Mereka datang bukan kerana apa, tetapi semata-mata hendak berkenalan. Dan pada hari-hari perayaan, seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Haji dan sebagainya, ramailah tetamu yang kami layan. Dari pagi hingga ke lewat malam.

Pasar pagi - tumpuan masyarakat

Melihat dan mengalami ini semua sedar dan fahamlah saya apa yang dikatakan ‘hidup bermasyarakat’ dan ‘hidup dalam masyarakat’.

Suasana ini juga telah merapatkan lagi hubungan antara kami semua dalam masyarakat. Soal bantu membantu sudah menjadi perkara biasa.

Pendek kata, kami menganggap semua anggota masyarakat di mana kami hidup, sebagai anggota satu keluarga yang besar.

Yang hendak saya perkatakan di sini ialah memang ada baiknya jika kita sesama anggota sebuah masyarakat itu bermuafakat dan bersahabat. Tidak ada ruginya jika kita bertegur sapa antara satu sama lain … bertanya khabar, dan memberi bantuan di mana diperlukan.

Agaknya oleh kerana kita sekarang sudah berada di abad ke 21, maka keadaan seperti ini tidak lagi diperlukan. Mungkin kita terlalu sibuk dengan aktiviti kehidupan seharian kita, maka tidak sempat kita menjenguk jiran sebelah. Tidak sempat kita bertanya khabar, dan tidak sempat kita mengucapkan ‘Assalamualaikum.’ Dan kalau kita berkunjung pun, kerana ada sesuatu bantuan yang kita perlukan.

Kepada saya ini adalah satu senario yang merugikan, dan yang akan menghancurkan budaya hidup kita sebagai seorang Muslim.

Disiarkan pada mulanya di laman/blog  MY COMMUNITY dalam bulan April 2011.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 20, 2011 by in Komuniti.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Jun 2011
M T W T F S S
« May   Jul »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: