KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

SUASANA RIANG RIA MENYERTAI KETIBAAN AIDILFITRI

Kalau kain songket yang dicari ...

WAKAF CHE YEH  –  26 Ramadhan:    Tiap kali tiba musim perayaan,   pusat-pusat perniagaan di Kota Bharu menerima kunjungan ribuan insan yang datang untuk meninjau keistimewaan membeli belah di Bandar Raya Islam ini.  Dan kebanyakan dari mereka datangnya dari segenap ceruk dan rantau negara.  Mereka ingin melihat dan mengalami sendiri suasana yang terdapat di kawasan-kawasan niaga ini.

Yang menjadi tumpuan perhatian,  bukannya komplek-komplek yang moden yang banyak terdapat di bandar ini,  dan bukan juga pekan-pekan di kawasan sempadan Malaysia-Thai seperti Rantau Panjang,  Pengkalan Kubur atau Bukit Bunga,  tetapi satu lokasi dalam kawasan Majlis Perbandaran Kota Bharu … WAKAF CHE YEH.

Pendek kata nama Wakaf Che Yeh adalah sinonim dengan pelbagai jenis barangan yang disediakan untuk para pelanggan.

Pelbagai barangan menjadi pilihan ...

Kawasan ini memang sentiasa penuh sesak dengan pengunjung/pembeli.  Memang sukar kalau kita hendak bergerak di dalamnya.  Pada malam-malam perayaan terutamanya … kesukaran bergerak ini amat nyata.

Kalau kita datang berkereta,  terpaksalah berjalan kaki agak jauh juga dari kawasan letak kereta,  tambahan pula kawasan-kawasan lapang di sekitar ‘pasar perayaan’ ini sudah dipenuhi oleh pelbagai jenis kenderaan … bas, kereta, motosikal dan lain-lain lagi.

Atau kasut yang diidamkan ...

Ratusan gerai-gerai yang menjual barangan dari kasut,  pakaian, kain batik, kain songket,  seluar jeans,  kemeja tee,  telekung,  kain tudung  kepada barangan-barangan elektronik,  telefon bimbit,  dan tidak ketinggalan buah-buahan tempatan dan yang didatangkan dari negara seberang, dan sayur-sayuran.   Semua ada di sini.  Harga yang ditawarkan adalah munasabah.  Tawar menawar adalah satu perkara biasa.

Sudah banyak juga ‘hotel-hotel budget’ memulakan operasi di kawasan ini.  Kepada yang tidak mahu berjalan jauh,  maka di sinilah mereka menginap.  Dan ini juga membolehkan mereka meninjau pasar di Wakaf Che Yeh ini sepuas hati.

Ini secebis kisah ‘pasar perayaan’ Wakaf Che Yeh di Kota Bharu, Kelantan.  Bak kata ramai pengunjung  ‘Kalau ke Kelantan dan tidak singgah di Wakaf Che Yeh,  maka tidak lengkap dan sempurnalah kunjungan itu’.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 26, 2011 by in Komuniti, Pelancongan.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Ogos 2011
M T W T F S S
« Jul   Sep »
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: