KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

KITA PERHATIKAN

Dari perantauan sudah mula tiba

Beberapa hari sebelum Aidilftri,  kesibukan nyata.  Di rumah-rumah,  seisi keluarga sibuk masing-masing dengan tugas dan fungsinya.  Masing-masing sibuk bagi menentukan hari mulia yang akan tiba dapat dimanfaatkan sepenuhnya bersama.

Si ibu sibuk memikirkan sama ada yang disediakan sudah mencukupi untuk para tamu yang mungkin datang,  si anak pula

Berbelanja di kompleks

sibuk merancang siapakah antara rakan taulan yang akan menjenguk ke rumahnya,  dan si bapa pula sibuk memikirkan cukupkah tabungan yang disediakan untuk dijadikan sumber perbelanjaan.   Masing-masing sibuk.

Di desa dan di bandar … suasana kesibukan sama saja.  Di desa halaman rumah dibersihkan.  Sampah sarap di bakar.  Jadinya indahlah pemandangan sekitar kelak.  Jadinya,  tamu yang berkunjung akan merasakan ketenangan dan keheningan alam sekeliling, yang dihiasi oleh pohon-pohon buah-buahan dengan sawah terbentang sebagai latarbelakang.

Di bandar,  kesibukannya agak berbeza.  Di bandar-bandar di luar ibu negara jalan-jalan penuh sesak dengan lalulintas.    Anak-anak di perantauan sudah pun tiba untuk beraya bersama kaum keluarga.

Yang mana satu

Pusat-pusat membeli belah,  tidak kira yang besar tersergam mahupun yang bercorak ‘mini’,  tidak kira pasar malam atau kompleks gerai-gerai jualan … semua menjadi tumpuan.  Barangan dan wang ringgit bertukar tangan.  Riuh rendah suasana.   Gelak ketawa kedengaran hingga ke awal pagi.

Inilah suasana beberapa hari sebelum Aidilfitri.

Dan tibalah hari yang dinanti.  Kedengaran takbir berkumandang.  Kelihatan seisi keluarga membuat persediaan akhir … kelihatan ramai menuju ke masjid untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Inilah suasananya.

Ini semua sebagai latarbelakang,  apakah yang telah kita pelajari.  Cuba kita renung dan fikirkan.  Adakah suasana

SYUKUR ALHAMDULILLAH !

keceriaan yang diselubungi oleh garis-garis panduan agama suci kita Islam akan berterusan … bukan sahaja untuk sambutan Aidilfitri,  malah dalam kehidupan seharian kita.

Apa pun,  yang berlangsung sudah menjadi lumrah hidup kita di negara ini.  Yang berlaku adalah satu dari sumber

ilham kepada kita semua.   Aidilftiri … banyak membawa erti kepada kita.  Ia bukan sahaja merupakan sebagai satu perayaan … bahkan suasana yang diwujudkan seharusnya menjadi satu dari rentak hidup kita hari ini dan di masa mendatang.  SELAMAT HARI RAYA AIDILFTRI.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 2, 2011 by in Komuniti, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: