KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

MENJELANGNYA SATU HARI LAGI

Sebelum subuh,  sudah berkemundang dari masjid indah di desa,  suara yang membaca ayat suci al-Quran.  Sayup-sayup kedengaran bacaan yang penuh tertib.  Tiada siapa yang tersinggung dengan kedengaranya bacaan ini.    Tiada siapa juga yang mahu mengatakan bahawa ia mengganggu. Tiada siapa yang terkejut dengannya.

Ketika ini sudah ramai yang menuju ke masjid di desa ini … untuk menunaikan fardhu Subuh … solat yang pertama untuk hari ini.

Melalui jalan kecil kampung diselubungi udara yang masih dingin,  jemaah berjalan kaki,  berbasikal dan bermotor.  Inilah suasana yang membawa ketenangan dan keheningan keadaan hidup di desa.  Bacaan al-Quran tadi telah mengingatkan mereka akan masuknya waktu Subuh.

Dalam keadaan seperti ini … udara masih bersih dan menyegarkan,  belum lagi dicemar oleh asap kenderaan yang melalui jalan besar di tengah perkampungan ini,  kita terfikir sejenak akan keindahan alam yang dicipta oleh Illahi untuk kita nikmati.  Terfikir kita akan tanggungjawab kita sebagai seorang insan yang waras terhadap keluarga, masyarakat dan bangsa.  Terfikir kita apakah sumbangan yang harus kita lakukan bagi membawa kesejahteraan dan keceriaan kepada masyarakat kampung kita.

Ini semua dalam fikiran kita di awal pagi ini.

Selesai kita solat Subuh … dan setelah mengikuti kuliah awal pagi,  kita akan mengorak langkah melaksanakan tugas dan tanggungjawab mencari rezeki yang halal bagi menampung kehidupan keluarga.  Akan kita bawa bersama pesanan dan garis panduan yang telah disampaikan oleh penceramah kuliah tadi.  Akan sedarlah kita betapa hidup ini tetap dipenuhi keperluan yang mesti kita cari,  supaya lebih bermaknalah kita di dunia ini.  Akan sedarlah kita sifat-sifat murni yang harus menemani kita dalam perjalanan hidup ini.

Waktu Subuh … sebelum menjelmanya fajar di wufuk timur … satu ketika yang paling sesuai bagi kita memikirkan tugas dan tanggungjawab kita untuk hari yang baru tiba … satu ketika yang terbaik bagi kita merancang apa yang hendak kita lakukan pada hari ini.

Dengan nawaitu yang jelas,  berlandaskan pula ajaran-ajaran agama suci kita,   hari ini akan menjadi satu hari yang penuh makna kepada kehidupan kita … Insya-Allah.  Dan kedengaranlah azan Subuh!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 8, 2011 by in Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: