KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

PERKAMPUNGAN GLOBAL

Pernah diperkatakan bahawa dunia hari ini sudah ‘mengecil’.   Sempadan-sempadan geografi yang memisah atau mengasingkan negara-negara ‘sudah tiada lagi’.  Kumpulan penduduk atau masyarakat yang menghuni negara-negara ini sudah semakin rapat jalinannya.  Pendek kata dunia sudah bertukar menjadi sebuah ‘perkampungan global’  (global village), dan penghuninya merupakan satu ‘masyarakat global’. Sebabnya … ialah munculnya teknologi maklumat (ICT).

Konsep kedaerahan atau ‘regionalism’ telah berganti dan bertukar menjadi konsep yang lebih luas iaitu konsep global atau sekurang-kurangnya bertukar kepada konsep kenegaraan.

Kita perhatikan keadaan terdekat,  iaitu keadaan di negara kita. Dari segi geografi dan politiknya,  Malaysia terdiri dari 13 kawasan yang dinamakan ‘negeri’  atau wilayah.  Tiap negeri itu mempuyai masyarakat atau rakyatnya sendiri.  Tiap negeri itu mempunyai kumpulan-kumpulan masyarakatnya.  Ini ditambah pula dengan kewujudan ‘kaum’ di dalam masyarakat itu.  Maknanya,  mula-mula ia terbahagi kepada wilayah-wilayah geografi.  Kemudian penduduknya pula di bahagi kepada kaum atau kumpulan etnik.  Ini menghasilkan Malaysia ini menjadi sebuah negara yang berbentuk ‘multi regional’,  ‘multi racial’  dan diikuti pula dengan bentuk ‘multi cultural’ dan ‘multi religion’.

Jika dilihat dari segi estetikanya,  negara ini bercorak indah dan unik,  yang dengan sendirinya menjadi tumpuan perhatian negara yang serupa keadaan dengannya,  yang ingin hidup aman damai sepertinya.   Keadaan ini pula telah menyebabkan kita lebih menumpukan perhatian kepada keadaan dan suasana dalam negara.  Bukan kerana apa,  tetapi semata-mata kerana kita hendak menentukan bahawa suasana unik dan aman damai yang wujud selama ini akan berkekalan. 

Akan tetapi sikap ini ada baik dan ada buruknya.   Apabila kita terlalu menumpukan perhatian kearah dalaman,  maka kita lupa dan kurang mengetahui ehwal luaran,  atau kita kurang prehatin terhadap keadaan dan suasana yang terdapat di lain-lain kawasan di luar negara.. 

Dalam konsep hidup di dalam perkampungan global ini,  dan sebagai anggota sebuah masyarakat global,  maka keadaan hidup memandang ke dalam perlu diubah.  Amat perlu juga kita lihat,  dengar dan ketahui apa yang  berlaku di luar sana … di negara-negara antarabangsa … sekurang-kurang yang terletak berhampiran dengan kita.  Kerana bak kata pepatah  ‘Cubit paha kiri, pahan kanan pun merasa sakitnya.’

Dalam keadaan ini,  kami di KELANTAN DARUL NAIM,  cuba memilih cerita, kisah, peristiwa dan berita yang berguna dan berfaedah kita mengetahuinya,  supaya kita tidak lagi dikatakan sebagai masyarakat yang ‘Hidup di bawah tempurung.’   Dan ini semua kita paparkan di dalam blog ini.  Kesannya kelak,  akan kita ketahui bersama.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 8, 2011 by in Komuniti, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: