KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

KOTA BHARU BERWAJAH MODEN

Bangunan pencakar langit

Jika kita berada di Kota Bharu,  Kelantan,  dalam tahun 60-an dahulu,  kita tidak berdepan

Bulatan di tengah bandar

dengan infrastruktur seperti yang kita lihat hari ini …. bangunan-bangunan pencakar langit,  jalan raya-jalan raya yang lebar dan moden,  pusat-pusat atau kompleks perniagaan yang canggih dan berbentuk  ‘state of the art’.  Kita  juga berdepan dengan ratusan kenderaan moden dan masyarakat kota yang maju dan dinamik.

Mungkin ketika itu tidak terlintas di fikiran kita bahawa bandar ini akan muncul sebagai sebuah bandar yang moden dan berpandangan jauh.

Hari ini,  apa yang kita tidak sangka wujud 60 tahun lalu,  sekarang menjadi satu kenyataan …. satu kebanggaan kepada penduduknya.   Kebanggaan ini bukan sahaja kerana bangunan-bangunan indah ini,  atau masyarakat warganya yang begitu ramai … malah hari ini di Kota Bharu sudah pun ada pusat-pusat pengajian tinggi  … universiti, kolej, dan lain-lain institusi pengajian tinggi.

Kompleks membeli belah

Pendek kata,  warga Kota Bharu Bandar Raya Islam merupakan satu dari kelompok insan

Kompleks Islam

yang begitu maju bukan sahaja dalam bidang perniagaan,  perushaan,  pengeluaran  malah dalam bidang ilmu pengetahuan juga.

Tidak boleh dinafikan bahawa ramai dari warga negeri Kelantan,  termasuk warga Kota Bharu,  berhijrah ke bandar-bandar lain di Malaysia.  Ini adalah kerana mereka,  pada asasnya dahagakan ilmu pengetahuan dan pengalaman.  Mereka akan balik ke kampung halaman … mereka tetap pulang kepangkuan kaum keluarga.  Ini   dapat kita saksikan tiap kali munculnya perayaan Aidilfitri dan Aidiladhha.  Mereka balik membawa ilmu pengetahuan dan pengalaman yang mereka cari,  dan terus menyebarkannya kepada warga sekampung mereka.

Di dalam post  ini saya paparkan beberapa gambar foto yang menjelmakan keadaan Kota Bharu Bandar Raya Islam hari ini.   Saksikanlah.

Pusat pentadbiran MPKB-BRI

Rasanya,  jika kita dapat mengembara melalui masa ke 50 tahun akan datang,  dipercayai keadaan bandar Kota Bharu akan menyerupai lain-lain metropolis moden di dunia.

Inilah Kota Bharu Bandar Raya Islam dalam abad ke 21.  Keadaannya di abad ke 22 … dipercayai lebih hebat lagi,  terutama sekali dengan pentadbiran yang cekap dan lengkap berlandaskan ajaran agama suci kita Islam.

INSYA-ALLAH.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on September 16, 2011 by in Ehwal Semasa, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

September 2011
M T W T F S S
« Aug   Oct »
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: