KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

APA YANG PERLU KITA KETAHUI

Tiap hari kita mendengar,  melihat  dan  didedahkan kepada pelbagai jenis berita dan peristiwa yang berlaku.  Ada antara kita yang mengikuti ini semua dengan penuh minat,  dan menganggapnya sebagai pengetahuan untuk mengisi kekosongan ilmu di dada.  Ada juga yang mengikutinya sebagai satu sumber ‘hiburan’ semata-mata,  tambahan pula apabila berita dan peristiwa ini ada yang berbentuk ‘kelakar’.   Kelakar dan menggelikan hati melihat gelagat manusia yang menjadi punca berita itu.  Tetapi ada juga yang menerimanya hanya sebagai satu ‘ulam’ dalam ‘hidangan’ pengetahuan yang diterima hari itu.

Apa pun,  yang berlaku itu agak penting kepada kehidupan kita,  sama ada secara langsung atau tidak langsung.  Kalau ini tidak kita pedulikan,  maka kita akan terus hidup seperti ‘katak di bawah tempurung’.   Ini jugalah yang menyebabkan berita dan peristiwa yang berlaku dipaparkan,  sama ada dalam bentuk yang bertulis atau bercetak,  atau yang boleh didengar melalui gelombang udara atau melihatnya melalui pancaran visual atau gambar.

Tetapi apakah sebenarnya yang perlu dan harus kita ketahui.  Dengan adanya saluran-saluran komunikasi seperti internet dan satelit,  radio dan television hari ini,  berita dan peristiwa ini datangnya dari seluruh dunia.  Yang baik yang berlaku di negara luar boleh kita jadikan sebagai rujukan kepada apa yang kita alami di negara kita….Boleh kita buat perbandingan dan bolehlah pula kita membuat penilaian atau analisis.  Yang buruknya akan kita ketepikan.

Oleh kerana kita telah didedahkan kepada ini semua,  maka yang perlu kita lakukan ialah menerimanya dengan sikap penuh matang dan tanggungjawab.  Harus kita buat penilaian yang bijak.

Ini boleh kita lakukan,  kiranya kita mempunyai maklumat-maklumat yang asas,  yang hanya dapat kita perolehi melalui kebolehan kita membaca dan menilai sesuatu itu.  Ini bermakna,  kita harus mempunyai pendedahan kepada kaedah menimba ilmu dan pengtahuan.  Kita harus bijak dan prihatin pula terhadap apa yang berlaku.

Dengan lain-lain perkataan kita perlulah mempunyai kebijaksanaan untuk menilai,  menapis dan membuat pertibangan terhadap apa kita baca,  dengar  atau  lihat.  Ini boleh kita lakukan jika kita mempunyai pengetahuan yang cukup.  Pengetahuan adalah pokoknya.  Dengannya dapatlah kita menentukan yang mana yang betul atau yang mana yang tidak.  Dan dapatlah kita membuat pertimbangan dengan tepat dan bijak.

Teknologi boleh membawakan kepada kita pengetahuan yang diperlukan.  Teknologilah yang menjadi pokok pangkalnya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 7, 2011 by in Ilmu Pengetahuan, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: