KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

PROGRAM DAN PROJEK SEBAGAI PERSEDIAAN

Sudah banyak program,  projek dan rancangan  dikaji,   disusun,  diatur  dan  dilaksanakan.  Tiap satunya bertujuan antara lain untuk menyediakan masyarakat Malaysia menghadapi zaman mendatang dengan lebih tabah dan cekal.  Tiap satunya dihasratkan semoga anggota masyarakat mengubah minda,  supaya lebih luas pemandangan dan lebih banyak ilmu pengetahuan yang diperolehi.  Tiap satunya mempunyai tujuan utama untuk membina sebuah masyarakat yang berani,  berpadu,  berinovasi,  berdaya saing dan yang sanggup berjuang untuk masa depan.

Dari segi wang ringgit,  tidak perlulah diperkatakan  –  memang banyak jumlahnya.  Tambahan pula ini semua disasarkan kepada anggota masyarakat dari berbagai lapisan,  golongan,  dan yang tinggal di bandar atau di desa.

Yang tidak berpeluang menamatkan pengajian persekolahan,  diadakan program menambah ilmu yang sewajarnya.  Yang tidak mempunyai pekerjaan,  diwujudkan peluang-peluang melalui skim bantuan kewangan dan latihan-latihan yang relevan … supaya tiap seorang itu berdaya untuk hidup tanpa bergantung kepada sesiapa.

Inilah senario yang disediakan.

Memang ramai para ahli dan pakar yang menyumbang ide dan fikiran,  untuk menentukan apa yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.  Banyak juga pandangan yang dibentangkan supaya tiap program itu mencapai matlamat dan objektif yang dirancangkan,  dan bagi menentukan hasil yang diperolehi boleh mendatangkan manfaat kepada semua.

Strategi demi strategi difikirkan,  dihalusi  dan  dibincangkan demi membawa hasil yang akan memperkasakan lagi hidup masyarakat di masa depan.

Dengan ini semua sebagai latarbelakang,  kita perhatikan apa yang sedang berlaku.  Masih banyak gejala yang timbul … masih banyak masalah dicetuskan.  Tiap hari kita baca,  dengar  dan  lihat kisah-kisah keadaan tidak tenteram dan yang tidak seimbang dengan usaha yang dirancang dan dilaksanakan.  Masih ramai ‘mat rempit’ menjunamkan diri di jalan-jalan raya yang menghasilkan maut.  Masih ramai juga yang ingin memperolehi kekayaan melalui jalan-jalan yang ‘mudah’.

Senario seperti ini menyebabkan ramai kita mencari jalan penyelesaian.  Mulalah kita menuding jari kearah yang sepetutnya bertanggungjawab.   Tetapi … sebenarnya siapakah yang bersalah … siapakah yang patut dipersalahkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 9, 2011 by in Komuniti, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: