KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

DAN TERBUKALAH MINDA

Dengan melihat,  mendengar  dan  membaca,  maka akan terbukalah minda.  Akan jauhlah pandangan,  dan akan bertambahlah ilmu dan pengetahuan kita.  Maka akan dapatlah kita membuat pertimbangan dan perbandingan dengan lebih tepat dan bijaksana lagi.  Tidaklah mudah kita disesatkan perjalanan hidup kita.

Ini sebagai asas,  maka kami di KELANTAN DARUL NAIM akan meluaskan lagi liputan kisah dan cerita yang dipaparkan.  Kami akan mambawa saudara meninjau dan meneliti keadaan dan senario di negeri-negeri dan negara-negara jiran,  dalam bidang-bidang seperti pendidikan,  kesihatan,  sains dan teknologi,  kekeluargaan,  ekonomi dan sebagainya.   Kami percaya dan yakin,  ini akan membawa kita keluar dari ‘bawah tempurung’.  Ini akan membawa manfaat dan faedah kepada kita dalam menghadapi zaman-zaman mendatang.

Dalam pada itu,  kita tidak pula harus melupakan tempat kita sendiri,  kerana apa juga yang baik di tempat kita boleh pula kita promosikan kepada masyarakat di luar sana, dan sama-sama berkongsi dengan mereka.

Kadangkala kita fikir bahawa tempat kita mempunyai banyak masalah,  tetapi selepas kita membaca kisah yang beraku di luar sana,  rupa-rupanya masalah kita tidaklah sebesar seperti yang mereka hadapi.  Mungkin juga dari apa yang kita ketahui ehwal orang lain,  dapat kita jadikan panduan untuk kita menyelesaikan masalah yang kita hadapi dan memperbaiki jalan hidup kita.

Begitulah juga halnya,  jika kita berfikir bahawa kita sudah mencapai kejayaan,  akan kita dapati kejayaan yang lebih besar dicapai oleh orang lain.

Pendek kata,  inilah tujuan kami meluaskan liputan laman ini kepada tempat-tempat lain di dunia ini,  atau sekurang-kurangnya di rantau ini.

Faedah dan manfaatnya,  akan sama-sama kita nikmati.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 12, 2011 by in Makluman, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: