KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

MENYEDIAKAN DIRI

Satu perkara penting dalam kita menghadapi masa mendatang ialah menyediakan diri selengkapnya.

Kepada kebanyakan kita persediaan ini lebih berbentuk fizikal atau material.  Inilah yang lebih kita utamakan.  Kita mempunyai tanggapan bahawa kita harus mempunyai cukup wang,  mempunyai rumah yang besar bagi menentukan bahawa kita akan hidup selesa dan sejahtera di masa hadapan.  Kita akan mengumpul wang dan harta benda yang banyak jika kita ingin kebahgiaan di masa hadapan.

Untuk ini kita akan berusaha sedaya upaya supaya apa yang kita kehendaki itu dapat kita perolehi.  Untuk ini jugalah munculnya pelbagai gejala sosial yang sangat kita takuti.

Dari segi kewangan kita berusaha mencari dan mengumpul sebanyak yang boleh,  kerana kita berfikir wang ini akan membawa kebahgiaan kepada kita.  Dari segi harta benda pula kita akan tentukan bahawa kita  akan mempunyai rumah sendiri… rumah yang besar dan moden.   Kita tidak mahu lagi menyewa rumah atau kita tidak mahu lagi tinggal di rumah yang serba kekurangan.

Pada biasanya inilah menjadi panduan hidup kita untuk masa hadapan.  Tambahan pula dalam kehidupan kita hari ini,  inilah keadaan yang kita lihat dan hadapi di sekeliling kita tiap hari. Dan tambahan pula apabila kita dapati  ramai anggota masyarakat  melihat seseorang itu pada rumahnya,  keretanya  dan  kemewahan wang ringgitnya.  Dan inilah juga yang menjadi punca berlakunya pinggir meminggir di antara kita.   Ini tidak boleh dinafikan kewujudannya.

Kepada kebanyakan kita,  kita selalu lupa bahawa wang ringgit dan harta benda itu tidak semestinya menjadi penjamin kehidupan di masa depan yang lebih baik.  Kita juga lupa bahawa rumah yang besar itu,  tidak semestinya boleh membawa kehidupan yang lebih sejahtera untuk kita.  Ada ketikanya,  kedua-dua ini lebih membawa masalah dan kemusnahan kepada kita.

Kepada yang berfikir,  ada perkara yang lebih afdhal kita lakukan untuk menyediakan diri menghadapi masa hadapan itu.  Selain dari bersedia melalui amalan yang berasaskan keagamaan,  kita perlulah bersedia dengan mencari jalan menambahkan ilmu pengetahuan kita.  Kepada kita  yang masih muda,  inilah yang perlu kita laksanakan.  Tambahan pula manakala kita sedari akan cabaran-cabaran yang akan kita hadapi,  yang secara langsung melibatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai teknologi kehidpan.

Memang tidak ada salahnya kita mencari dan mengumpul kekayaan sekarang,  akan tetapi ini perlulah kita lakukan supaya terdapat keseimbangan dalam aktiviti-aktiviti ini.  Kita harus mencari dan mengumpul kekayaan,  sambil di waktu yang sama,  kita harus juga memenuhkan dada dengan ilmu duniawi dan akhirat.

Sama-samalah kita renungkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Oktober 16, 2011 by in Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Oktober 2011
M T W T F S S
« Sep   Dec »
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: