KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

JAUH PERJALANAN LUAS PEMANDANGAN

Kata bijak pandai bahawa ‘jauh perjalanan luaslah pemandangan’ ada benarnya.  Bukan sahaja pemandangan malah pengalaman dan pengetahuan juga dapat diperolehi dari perjalanan itu.

Selama hampir enam bulan merantau dan mengunjungi teman-teman di beberapa tempat di negara ini terutamanya di kawasan desa,  memang banyak pengetahuan yang diperolehi.  Banyak juga keadaan dapat ditinjau dari dekat.

Kawasan desa,  terutama penghuninya,  memang banyak membawa erti kepada yang peka dan prehatin akan keadaan sekeliling.  Terutamanya keadaan ekonomi mereka,  memang membanggakan,  bukan sahaja kerana dapat kita lihat bagaimana mereka berazam dan bertekad untuk meningkatkan taraf kehidupan tanpa bantuan,  tetapi semangat juang mereka,  yang tidak erti akan makna putus asa dan kalah dalam perjuangan hidup.  Semangat inilah rasanya yang telah membawa mereka jauh ke satu corak penghidupan yang serba sempurna hari ini.  Mungkin ada yang kurang berusaha atau ‘kurang bernasib baik’ maka mereka masih berada ditahap yang lama.  Tetapi jumlah insan seperti ini tidak banyak.  Rata-rata mereka ingin hidup berdikari.

Masyarakat desa adalah merupakan satu masyarakat yang berbangga dengan kehidupan dan kejayaan mereka.  Maka itulah masih ramai yang berhijrah ke bandar,  bila sampai masanya,  akan balik juga ke desa untuk meneruskan dan menghabiskan sisa-sisa hidup mereka.

Dalam perjalanan atau pengembaraan ini,  memang ramai yang dijumpai.  Yang mencari rezeki sebagai petani bercucuk tanam menanam padi, jagung, sayuran dsb, yang memotong getah dan memungut buah kelapa sawit,  penternak dengan lembu, kambing atau ayam mereka,  nelayan dengan jualan tangkapan ikan mereka dari laut atau sungai,  pengusaha hasil desa dan banyak lagi.  Bila ditanya bagaimana keadaan mereka,  jawapan yang diterima senada iaitu ‘Syukur Alhamdulillah lebih dari mencukupi. Rezeki di mana pun ada di bumi Allah ini.  Cuma perlu rajin berusaha sahaja.’  Air muka mereka menyokong jawapan ini.

Inilah nikmat yang diperolehi jika desa  dikunjungi.  Nilai-nilai hidup yang murni … keikhlasan,  sikap persaudaraan,  sikap toleransi, sikap mesra dan lain-lainnya.  Inilah desa … kawasannya dan penghuninya.

Bersambung.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on April 12, 2012 by in Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

April 2012
M T W T F S S
« Dec   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: