KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

MENCARI KAWASAN YANG LEBIH MENGHIJAU

Pernah kita mendegar kata-kata yang disebut-sebut iaitu ‘looking for greener pastures’.  Secara kasar terjemahannya berbunyi  ‘mencari dan menerokai wilayah yang lebih menghijau’.  Apakah maksudnya?    Adakah kata-kata ini mempunyai erti yang ada kaitan dengan usaha mencari kawasan-kawasan tanah yang lebih subur untuk bercucuk tanam dan yang akan menghasilkan satu kawasan yang lebih menghijau.  Atau adakah ia mempunyai erti yang ada hubungan dengan langkah diambil oleh sesetengah insan untuk pulang ke desa di mana pemandangan di hadapan mata lebih menghijau,  tidak seperti yang terdapat di kawasan-kawasan bandar dan perbandaran.

Jika kita lihat pada perkataan-perkataan itu … ‘greener pastures’ atau kawasan yang lebih menghijau,  akan terlintas di fikiran kita satu usaha untuk mencari ketenangan dan kedamaian,  iaitu yang biasa dikaitkan dengan perkataan hijau atau menghijaua.  Tafsiran ini rasanya tepat,  kerana di kawasan menghijau saujana memandang,  tidak pula diganggu oleh bangunan-bangunan konkrit yang berwarna kelabu atau bangunan-bangunan pencakar langit yang menghalang sinaran cahaya sang suria atau pacakan tiang-tiang letrik yang menjulang ke langit  … kawasan-kawasan seperti inilah yang dapat membawa ketengan dan kedamaian yang kita idamkan,  dan di kawasan-kawasan ini … yang dikelilingi oleh bukau bukau yang hijau membiru,  atau sungai-sungai berair jernih mengalir di pinggirnya .. akan dapatlah kita bertenang,  berfikir dan mendapatkan ilham untuk memajukan jiwa dan kehidupan kita.

Itu satu tafsiran yang dirasakan agak logik.

Tetapi bila kita dalami makna di sebalik kata-kata ini,  ia juga membawa serti bahawa seseorang itu sedang berusaha mencari ‘greener pastures’  untuk mendapatkan rezeki yang lebih baik dan lebih mudah.  Mungkin inilah tafsiran yang selalu dipakai apabila perkataan ini disebutkan.

‘Greener pastures’ di bumi Allah yang maha luas ini memang banyak terdapat.  Ini terpulang kepada kita untuk mencari dan memanfaatkannya.

Dalam hal ini,  biasalah kita mendengar kisah ramai yang berhijrah dari kampung halaman masing-masing untuk mencari ‘greener pastures’ atau yang biasa juga disebut sebagai ‘kawasan bertuah’.  Mereka berpendapat bahawa  di kampung sudah tidak ada peluang lagi bagi mereka untuk ‘maju dan membangun’.   Akan tetapi,  ada juga antara yang berhijrah mencari kawasan ini akhirnya balik semula tanpa menemuinya dan gagal pula memperolehi rezeki yang dicari-cari.

Ini membawa kita kepada pandangan dan pendapat para bijak pandai,  bahawa rezeki memang  boleh didapatkan di mana juga di bumi Allah ini,  asalkan usaha ini disertai dengan semangat juang yang kental,  keazaman yang kuat dan ketabahan  jiwa menghadapi apa juga cabaran yang mungkin dihadapi dalam perjalanan hidup kita.

Kata-kata Inggeris tadi … ‘looking for greener pastures’ … rasanya adalah merupakan satu pendapat yang mungkin logik kepada sesetengah insan,  sementara ramai pula lebih menjadikan  kawasan hidupnya sebagai  ‘greener pastures’ yang disebut-sebut itu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on April 19, 2012 by in Renungan.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

April 2012
M T W T F S S
« Dec   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: