KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

INILAH KISAHNYA ….

Pada 8 November 2009,  blog KELANTAN DARUL NAIM ini mula dinaikkan ke Internet.   Tidak terlintas di fikiran bahawa sambutan yang diberikan kepadanya,  dan kepada isu kandungannya,  begitu menggalakkan dan memberansangkan sekali.  Difikirkan manalah ada masa untuk sesiapa juga melayari blog ini,  terutama sekali untuk masyarakat di Kelantan,  kerana masing-masing sibuk  menjalani hidup … masing-masing berlomba dan berjuang untuk mencipta satu sejarah kehidupan yang lebih cemerlang dan sejahtera.  Sikap dan semangat masyarakat Kelantan menyebabkan rasa atau perasangka ini wujud.

Pada masa memikirkan  tentang bahan-bahan yang hendak dimuatkan di dalam blog ini,  pelbagai kisah,  cerita, berita dan peristiwa terlintas di fikiran.  Mungkinkah blog ini harus ditumpukan perhatian kepada bahan-bahan yang boleh menjadi panduan,  bimbingan atau pemangkin kepada masyarakat negeri Cik Siti Wan  Kembang ini supaya lebih berusaha untuk memajukan diri mereka?  Atau perlukah bahan-bahan ini merupakan analisis-analisis senario hidup di negeri ini?

Setelah beberapa ketika,  barulah ditemui corak dan jenis bahan yang sepatutnya disertakan di dalamnya.

Yang diperlukan ialah kisah hidup,  kisah keazaman.  kisah perjuangan,  kisah kejayaan,  kisah berkaitan sejarah dan wsarisan,  kisah seni budaya dan sebagainya,  telah menjadi pilihan.

Maka itulah bahan-bahan yang dibentangkan di  dalam blog ini memaparkan kisah sebenar masyarakat dan keadaan negeri Kelantan ini.  Inilah difikirkan yang terbaik.  Kategori bahan seperti ini,  akan dapat membantu masyarakat Malaysia di luar Kelantan memahami dan menghayati negeri ini dan insan yang bermastautin di dalamnya.

Hari ini,  sudah hampir empat tahun KELANTAN DARUL NAIM berada di Internet dan menemui pelayar setianya,  dan jumlah ini bertambah dari sehari ke sehari.  Bukan itu sahaja,  malah ramai pula masyarakat luar negara mengikuti perkembangan-perkembangan yang dikisahkan di dalamnya.  Masyarakat dari negara-negara seperti Amerika Syarikat,  United Kingdom,  Australia,  Vietnam,  Perancis,  Jerman,  Indonesia,  Singapura,  Brunei,  Jepun … mula menyertai golongan yang memikirkan bahawa blog ini mengandungi sesuatu yang boleh dimanfaatkan.

Dan seterusnya, kami di KELANTAN DARUL NAIM,  akan membentang,  mengemuka  dan  memaparkan kisah-kisah sebenar,  dengan berasaskan fakta dan maklumat yang sahih dan kredibel,  supaya blog ini diharapkan akan dapat menyumbang dan menjadi satu sumber segala-galanya mengenai negeri Kelantan Darul Naim dan masyarakatnya.   Insya-Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on April 24, 2012 by in Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

April 2012
M T W T F S S
« Dec   Jun »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: