KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

RADIO DAN TELEVISYEN INTERNET

Pada satu masa dahulu,  siaran radio merupakan satu novelti dan satu-satu yang dianggap sebagai yang mewah.   Bukan semua boleh mengikuti siarannya,  dan bukan semua juga yang berkemampuan memiliki ‘peti’ radio.

Ketika itu radio mempunyai satu tempat teristimewa di rumah.  Satu meja khas yang dihias indah sekali menjadi tempat ‘bersemayamnya’.  Dan biasanya di ruang utama atau ruang tamulah menjadi lokasi pilihan untuknya.

Pada awal pemerintahan semula British di Tanah Melayu ketika itu,  iaitu selepas Pemerintahan Jepun berundur,  siaran radio menjadi sumber utama berita,  maklumat  dan hiburan.  Masyarakat amat memerlukan berita dan maklumat yang tepat mengenai apa yang berlaku di kelilingnya.

Di zaman Pemerintahan Jepun pula peti radio yang dipunyai oleh orang-orang tertentu dalam masyarakat disembunyikan,  kerana takut tindakan diambil terhadap mereka oleh Pemerintah Jepun yang melarang masyarakat mendengar siaran-siaran radio terutama dari luar negara.

Ini dengan sendirinya menggambarkan betapa besarnya pengaruh siaran radio terhadap masyarakat.

Semasa negara mula menggerakkan langkah kearah kemerdekaan,  banyak pula pantang larang yang dibentangkan oleh Pemerintahan British ketika itu kepada petugas-petugas siaran radio,  tentang apa yang boleh dan tidak boleh digunakan dalam siaran radio yang dikawal rapi oleh mereka.

Ini semua membuktikan betapa penting dan besarnya pengaruh radio terhadap masyarakat atau lebih tepat terhadap corak pemikirannya.

Dan peranan atau pengaruh ini,  terus kekal hingga ke hari ini.

Dan apabila menjelma pula siaran televisyen,  yang membawa bersamanya gambar-gambar bergerak pula,  maka kedua-dua kaedah penyebaran maklumat ini berganding baru,  bantu membantu dalam peranan ini.

Ini menyebabkan tidak ada apa pun yang berlaku di mana juga,  sama ada di dalam negara atau di luar negara,  yang tidak diketahui oleh masyarakat.

Pemikiran dan minda mereka semakin dikuasai oleh dua saluran media ini.

Belum pun sempat kedua-duanya sampai di kemuncak pengaruh mereka muncul pula satu lagi saluran penyebaran maklumat dalam bentuk INTERNET yang dibawa oleh teknologi baru  bergelar teknologi maklumat dan komunikasi  (ICT).

Dengan kewujudan tiga saluran penyebaran maklumat ini,  anggota masyarakat mula berasa resah dan keliru terhadap apa yang dibawa oleh saluran-saluran ini.  Mereka mula bertanya yang mana satu yang harus dipercayai,  atau yang mana satu membawa maklumat yang benar,  tepat,  sahih  dan  bukan berbentuk propaganda.

Akan tetapi jika anggota masyarakat,  secara keseluruhannya,  berilmu pengetahuan atau menerima secukupnya ilmu dan pengetahuan yang diperlukan hari ini , dan tahu pula memilih yang mana benar dan yang mana palsu,  rasanya perasaan ini dapat diketepikan

Apa pun kemunculan tiga ragam saluran maklumat ini amat mencukupi untuk mereka mengetahui keadaan sebenarnya.

Malaysia adalah antara negara di dunia yang mempunyai kemudahan tiga saluran media dan komunikasi untuk menyebarkan maklumat,  iaitu selain dari media cetak.

Tugas menyebarkan maklumat ini ditambah pula dengan peranan membawa pendidikan dan hiburan.  Ini telah melengkapkan usaha membawa tamadun kepada masyarakat.  Tamadun ini akan dapat diperkasakan lagi oleh peranan pertubuhan-pertubuhan penyiaran, ICT dan komunikasi yang lain,  yang bertanggungjawab dalam ertikata yang sebenarnya.

Pada satu masa dahulu,  pernah dikatakan bahawa siaran radio dan televisyen telah merapatkan masyarakat dunia.  Dan dengan kehadiran rangkaian perhubungan Internet,  dunia hari ini sudah bertambah kecil dan masyarakatnya sudah menjadi anggota satu masyarakat atau budaya ‘perkampungan global’.

Dan tidak syak lagi siaran radio dan televisyen Internet,  dan kemungkinan  disalurkan pula kepada masyarakat sasaran oleh peralatan satelit yang sentiasa mengelilingi dunia,  masyarakat akan menjadi lebih prihatin terhadap apa yang berlaku di sekelilingnya,  dan lebih berpengetahuan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 11, 2012 by in Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Jun 2012
M T W T F S S
« Apr   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: