KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

SALURAN INTERNET UNTUK APA !!!

Pernah dikatakan bahawa Internet telah menyebabkan dunia ini menjadi ‘lebih kecil’  dan bahawa penduduk dunia juga berubah menjadi satu  ‘masyarakat global’ dalam satu ‘perkampungan global’.

Kenyataan ini dan banyak lagi yang serupa maksudnya telah meletakkan kisah Internet ini ke dalam satu perspektif yang baru.

Manakala Internet mula diperkenalkan,  ianya adalah bertujuan dan mempunyai fungsi untuk mempercepatkan lagi pemindahan dan pertukaran idea,  fakta  dan  maklumat di antara organisasi,  terutama sekali yang terlibat dalam bidang sains dan ketenteraan.

Telah didapati bahawa pertukaran ini dapat dilakukan dengan pantas dan selamat.  Melalui masa  kaedah ini telah dimajukan lagi untuk meliputi lain-lain bidang aktiviti,  umpamanya pemberitaan dan hiburan.  Perubahan ini telah mewujudkan banyak lagi penggunaan dan aktiviti yang melibatkan Internet.

Hari ini,  saluran Internet sedang digunakan sebagai satu saluran alternatif kepada saluran-saluran ‘tradisional’ untuk siaran iaitu seperti radio dan televisyen.

Di MALAYSIA,  saluran alternatif ini sedang diterokai.  Siaran radio dan televisyen yang menggunakan sistem  ‘free to air’,  telah menyertakan saluran Internet sebagai satu sokongan untuk menentukan bahawa siarannya dapat diikuti oleh masyarakat global.   Walaupun demikian,  amalan ini belum lagi digunakan secara meluas,    dan ini bukanlah saluran utama untuk siaran radio dan televisyen.  Sebabnya,  dipercayai,  ialah kerana pencapaian atau penggunaan Internet belum lagi menyeluruh di negara ini.  Masih lagi terdapat beberapa kawasan yang tidak boleh dicapai oleh kemudahan ini.

Ini menyebabkan bahawa saluran Internet hanya digunakan dalam bidang ‘hubungan sosial’ sahaja,  terutama sekali di kawasan bandar.  Fungsi inilah yang membawa pendapat bahawa Internet itu adalah hanya satu ‘rangkaian sosial’ sahaja.

Walau bagaimana pun,  jika dilihat fungsi saluran Internet ini secara menyeluruh,  ia mempunyai potensi yang amat besar.  Peranannya untuk memperkasakan industri penyiaran perlu diambil kira secara serius.

Memandang kepada kemungkinan dan potensi ini,  nyata sekali bahawa peranan Internet adalah lebih dari yang pernah dijangkakan.  Siaran melalui saluran Internet banyak mempunyai kebaikan dan kelebihannya,  terutama sekali kawasan liputannya yang luas,  jumlah masyarakat sasaran yang besar,  dan melibatkan perbelanjaan operasi yang kecil.

Di Malaysia,  radio dan televisyen Internet tidak diperlukan memohon kebenaran atau lesen untuk melaksanakannya,  iaitu tidak seperti siaran radio dan televisyen biasa.  Keperluan penting ialah bahawa kandungan rancangan yang disiarkan tidak bercanggah dan bertentangan dengan akta atau undang-undang negara.  Tiap warga yang bertanggungjawab dan prehatin,  memang boleh mengikuti dan akur kepada keperluan ini.

Walau pun demikian,  hari ini saluran Internet lebih merupakan sebagai satu  ‘permainan’  semata-mata.   Keadaan ini perlu dan mesti diubah,  demi kesejahteraan masyarakat dalam menghadapi zaman-zaman mendatang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 11, 2012 by in Ilmu Pengetahuan, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Jun 2012
M T W T F S S
« Apr   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: