KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

ILMU PENGETAHUAN PERLU DIUTAMAKAN

Alaf baru,  era teknologi tinggi,  era teknologi maklumat dan komunikasi,  era globalisasi  …  mewujudkan pelbagai cabaran yang harus dihadapi dalam kehidupan manusia.   Tentu sekali zaman yang sedang dilalui hari ini memerlukan kita berusaha dengan lebih gigih dan penuh komitmen,  sambil mencari cara dan kaedah yang sesuai,  bagi digunakan sebagai senjata dan pemangkin dalam perjuangan hidup kita.

Tidak boleh dinafikan bahawa kehidupan kita kini berlandaskan ilmu dan pengetahuan.  Tiap gerak langkah yang kita ambil dibimbing dan dipimpin ilmu pengetahuan.  Ia mempengaruhi hidup kita  …  cara kita berfikir,  cara kita menyusun strategi hidup kita,  cara kita membuat keputusan,  cara kita bertindak dan lain-lain lagi.   Ia  menentukan masa depan kita.  Tercicir kita dalam usaha mencarinya,  maka akan tercicirlah kita dalam kehidupan kita,  dan gelitalah masa depan kita.

Dalam hal ini,  sedarlah kita bahawa ilmu pengetahuan adalah segala-galanya dan ia juga menjadi agenda utama dalam hidup kita.

Jika kita lihat pada keadaan masyarakat  hari ini,  akan kita dapati bahawa usaha mencari dan menimba ilmu  tidak begitu mendapat perhatian atau penglibatan segolongan besar masyarakat.   Ini mungkin disebabkan oleh kehidupan manusia hari ini lebih berorientasikan dan memberi tekanan kepada soal  kebendaan.  Manakan tidak kerana kehormatan dan sanjungan lebih diberi kepada yang   berumah besar,  berkereta besar,  berladang luas,  tetapi kurang diberi kepada para ilmuan dan cerdik pandai.

Jadi kepada golongan ini,  ilmu pengetahuan tidak mendapat tempat ‘centre stage’.   Ini jugalah satu dari sebab mengapa tahap literasi di kalangan masyarakat kita agak rendah jika dibandingkan dengan lain-lain masyarakat membangun di persada antarabangsa.

Literasi yang dimaksudkan di sini bukanlah hanya literasi dalam perkara boleh membaca,  menulis  dan mengira,  akan tetapi literasi dalam bidang-bidang tertentu kehidupan kita.  Atau lebih tepat,  literasi dalam subjek-subjek yang boleh membantu kita hidup dengan lebih cemerlang,  sejahtera,  bahagia  dan berilmu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Jun 12, 2012 by in Ilmu Pengetahuan, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Jun 2012
M T W T F S S
« Apr   Jul »
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
252627282930  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: