KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

RAMADHAN AKAN TIBA LAGI

Memang pantas masa berlalu.  Rasanya baru sahaja kita melalui bulan Ramadhan dan Aidilfitri.  Sekarang dalam masa beberapa hari sahaja lagi kita akan bersama dengannya.  Maka berpuasalah kita selama sebulan sambil menjalankan ibadah yang diwajibkan dalam bulan yang mulia ini.

Imam Habib Abdullah Haddad dalam bukunya bertajuk  NASIHAT AGAMA DAN WASIAT IMAN  menerangkan “Bahawasanya  bulan Ramadhan itu adalah suatu bulan yang tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah dan RasulNya,  dan ia juga menjadi penghulu segala bulan.  Padanyalah Allah memfardhukan puasa ke atas kaum Muslimin,  dan dicatitkannya sebagai wajib yang tidak boleh ditinggalkan.

Firman Allah Ta’ala,  yang maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman!  Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa,  sebagaimana telah diwajibkan keatas umat sebelum kamu,  moga-moga kamu bertaqwa.”  (Al-Baqarah:  183)

Sudah tentu tak terhingga sedapnya.

Selain dari satu bulan untuk beramal ibadat,  bulan Ramadhan juga merupakan bulan untuk ramai menambahkan rezeki mereka.  Cara yang nyata ialah turut serta menjual kueh muih dan lain-lain juadah untuk berbuka puasa.

Di Kota Bharu ini umpamanya,  banyak tempat dijadikan kawasan Bazaar Ramadhan. Pendek kata bazaar ini adalah sinonim dengan bulan Ramadhan dan sinonim juga dengan suasana di Kota Bharu dalam bulan mulia ini. Beraneka jenis makanan disediakan untuk jualan,  dan semuanya enak-enak belaka.  Tidak perlu bersusah payah untuk menyediakan makanan untuk berbuka puasa di rumah,  pergi sahaja ke bazaar Ramadhan semuanya ada.

Inilah suasana bulan mulia,  bulan Ramadhan yang akan tiba tidak berapa hari sahaja lagi.  Sambil beribadat, sambil menjamu selera ala-Kota Bharu Kelantan.

Selamat Berpuasa kami ucapkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 3, 2012 by in Uncategorized.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Julai 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: