KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Kelantan hari ini

Mercu tanda Kota Bharu di bulatan dalam bandar

Setelah merantau hampir 50 tahun di lain-lain kawasan di Negara,  pada  tahun 2008,  saya menjejak kaki semula di tanah bertuah negeri Kelantan Darul Naim.  Terakhir saya di Kota Bharu ialah dalam tahun 1965.

50 tahun,  atau setengah abad,  adalah satu jangkamasa yang agak lama.   Banyak yang berlaku dalam masa itu.  Kepada sebuah bandar banyak pembangunan dilaksanakan.  Banyak bangunan-bangunan baru  … pencakar langit … deretan bangunan komersial … taman-taman perumahan … pusat-pusat membeli belah ..  muncul.    Dan penghuninya sudah tentulah bertambah berlipat ganda.   Bila penghuni bertambah,  maka secara otomatik kenderaan pun bertambah … menyebabkan timbulnya masalah kesesakan jalan raya.

50 tahun dahulu keadaan ini tidak wujud.

Pusat pentadbiran MPKB-BRI

Kali ini sudah pun empat tahun saya berada di sini.   Pada mulanya tanggapan saya ialah tentulah tidak ramai rakan dan teman yang masih berada,  dan masih datang berjumpa dan berbual dengan saya.  Tetapi suasananya adalah sebaliknya.  Kalau 50 tahun dahulu saya mempunyai rakan dan teman .. hari ini pun saya mengalamai suasana yang sama.  Tambahan pula saya difahamkan,  sifat orang-orang Kelantan ialah ‘sekali berkawan,  akan tetap dan terus berkawan’.  Ini amat menggembirakan.  Malangnya kawan-kawan sebaya sudah ramai yang telah ‘pergi dahulu’.

Kompleks beli-belah baru dibuka

Banyak tempat di ibu negeri Kota Bharu telah bertukar wajah.  Utama sekali bulatan di tengah bandar.  Sekarang sudah ada mercu tanda dengan jam besar dan air pancutan.   Di tepi Sungai Kelantan bersebelahan jambatan yang menghubung bandar ini dengan Pasir Pekan,  telah dibina sebuah pasar raya mega dan berhampiran ialah kompleks bas ekspress.  Di persimpangan yang dulunya bertempat sebuah taman hiburan muncul sebuah lagi pusat beli belah atau mall.  Dan begitulah juga berhampiran dengan Pasar Siti Khadijah sebuah lagi pusat membeli belah mengambil tempatnya.

Dan dalam kawasan Bandar juga wujud sebuah hospital yang moden –  Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM),  dan hospital besar di tengah handar juga telah berbentuk baru yang menggambarkan kecanggihan kemudahan yang disediakan untuk masyarakat.

Banglo ini di Kampung Jambu, Jajahan Pasir Mas

Dan yang menarik sekali kepada saya,  ialah di mana juga saya berada di kawasan desanya,  terdapat rumah-rumah banglo di sawah padi.

Sekali imbas keadaan Kota Bharu,  memberi gambaran kemajuan dan pembangunan yang dialaminya dan juga negeri Kelantan secara menyeluruhnya.   Menceritakan selengkapnya kisah Kota Bharu hari ini,  ruang ini memang tidak mencukupi.  Kita akan ceritakan berperingkat-peringkat hingga seluruh negeri Kelantan kita kunjungi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 14, 2012 by in Makluman, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Julai 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: