KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Ramadan di sana sini

Bulan Ramadan membawa banyak makna kepada umat Islam.  Ia juga merupakan satu bulan yang penuh berkat,  yang perlu dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti demi memuliakannya lagi.

Banyak aktiviti dilaksanakan di mana juga.

Kisah-kisah yang dipaparkan ini membayangkan apakah makna bulan yang mulia ini kepada kita.

Ramadan bukan pesta

SECARA umum, semua orang memahami dan mengetahui Ramadan adalah bulan puasa iaitu bulan menahan lapar dan dahaga. Tetapi kini, Ramadan pula dikatakan bulan pesta makan dengan pelbagai juadah dijual di bazar Ramadan. Semuanya menguji keimanan dan nafsu makan kepada setiap umat Islam.

Makanan pada masa kini membabitkan pelbagai juadah, kuih-muih dan juga bermacam-macam jenis nasi dan roti. Oleh itu, Ramadan mestilah dihayati dan dimanfaatkan sebagai bulan berlapar dahaga bukan bulan pesta makan.  UTUSAN ONLINE

Masjid Berbiaya Rp 110 Miliar Rampung 2015

PALANGKARAYA, KOMPAS.com – Pembangunan Masjid Raya Palangkaraya, Kalimantan Tengah, ditargetkan selesai pada tahun 2015. Biaya pembangunan masjid tersebut sekitar Rp 110 miliar, dan Pemerintah Provinsi (Pemprov) Kalteng sudah mengganggarkan dana sebesar Rp 20 miliar untuk tahun 2012.

Wakil Gubernur Kalteng, Achmad Diran, seusai buka puasa bersama di rumah dinasnya di Palangkaraya, Kalteng, Rabu (25/7/2012), menjelaskan, pada tahun 2013 hingga 2015, dianggarkan dana masing-masing sebesar Rp 30 miliar untuk mencukupi kebutuhan dana.  KOMPAS.com 

Ekspo Jualan Terus Dari Kilang bermula 26 Julai ini

KOTA KINABALU: Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNK) dengan Kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan mengadakan Ekspo Jualan Terus Dari Kilang bermula 26 hingga 29 Julai ini di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.  NEW SABAH TIMES

Acar istimewa Sharifah Aisah digemari

KUALA BELAIT, 24 Julai – Berbeza daripada juadah berbuka puasa lainnya, Sharifah Aisah binti Sheikh Said setiap kali tibanya bulan Ramadhan akan lebih memfokuskan untuk membuat Acar Limau Buah-buahan yang telah lazim dilakukannya sejak lebih dua puluh tahun lalu.  MEDIA PERMATA ONLINE 

Beriftar sambil pererat hubungan silang agama

KETUA-KETUA berbilang agama di Singapura berkumpul di Persatuan Bertindak Ginjal bagi Masyarakat Islam (MKAC) untuk bersama-sama menikmati majlis jamuan berbuka puasa malam tadi.

Bersempena tema majlis Hormat dan Percaya Antara Agama atau IFTAR, Presiden MKAC, Encik Ameerali Abdeali, mengambil kesempatan untuk mempereratkan lagi hubungan dengan ketua-ketua agama yang diundang.  CYBERITA ONLINE SINGAPURA

Hadiah istimewa Ramadan

PASIR GUDANG – Hanya linangan air mata dan ucapan terima kasih bertalu-talu yang mampu diungkapkan seorang bapa sewaktu menerima bantuan daripada Hospital Penawar dalam satu majlis yang diadakan di Menara Aqabah, semalam.  SINAR HARIAN ONLINE

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 26, 2012 by in Ehwal Semasa, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Julai 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: