KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Saluran Internet membawa kisah dunia ke pangkuan kita

Sebelum saluran Internet diwujudkan,  dan jika kita hendak mengetahui apa yang berlaku di luar Negara,  maka perlulah kita melanggan akhbar-akhbar yang diterbitkan di Negara-negara luar itu.  Walaupun ketika itu sudah wujud siaran radio,  akan tetapi siarannya tidak begitu kuat untuk kita ikuti di Negara kita.

Hari ini,  apa juga yang berlaku di mana juga,  dapat kita ikuti dengan pantas.  Inilah satu dari peranan yang dimainkan oleh saluran Internet,  iaitu membawa Negara-negara dunia lebih dekat antara satu sama lain,  dan seterusnya merapatkan lagi hubungan antara anggota masyarakatnya.  Ini pula telah menghasilkan wujudnya persefahaman dan keperihatinan di kalangan kita umat manunia.

Sejak kami mulakan paparan berita dan peristiwa global melalui KELANTAN DARUL NAIM ini,  rasanya sudah banyak antara kita yang mengetahui akan apa yang berlaku di luar sana.  Sudah ramai juga antara kita yang sudah dapat memahami perkembangan dan kemajuan yang dilanksanakan di Negara-negara tersebut.  Kadang kala apabila kita membaca berita dan peristiwa ini,  kita berasa amat bangga dan syukur bahawa kita tidak tertinggal dalam apa juga bidang pencapaian.

Dan dari apa yang kita baca,  sedarlah kita bahawa banyak yang dilakukan boleh dijadikan sebagai pemangkin dalam kita menghadapi hidup di zaman moden hari ini.  Mungkin juga dapat kita contohi segala kebaikan yang telah dihasilkan.

Inilah tujuan kami di KELANTAN DARUL NAIM ini manakala membuat keputusan untuk menyertakan berita dan peristiwa serantau dan juga di dunia global dalam blog ini.  Kami percaya faedahnya memang besar,  dan kami percaya juga bahawa ini membuka minda kita dan membawa kita untuk sama-sama berjuang dalam kemajuan dan pembangunan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Julai 30, 2012 by in Ehwal Semasa, Ilmu Pengetahuan, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Julai 2012
M T W T F S S
« Jun   Aug »
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: