KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

BERITA SERANTAU

Dua berita dari akhbar serantau yang menarik perhatian saya hari ini.

Satu, berita yang dipetik dari akhbar KOMPAS ONLINE di Indonesia,  yang menumpukan perhatian kepada sikap segulungan masyarakat muda yang tidak ingat dan tidak prehatin terhadap susah payah ibu bapa mereka mendidik, membesar dan mendapatkan segala kemudahan untuk kejayaan mereka.

“Mahasiswa dan pelajar yang tergolong nakal perlu ingat jasa orang tua, khususnya ibu mereka yang telah bersusah payah membesarkan mereka. Ingat keringat ibumu. Selama mereka ingat jasa-jasa orang tua, insya Allah mereka bisa menjaga sikap, tidak membuat keonaran, terlibat keributan,”

Saya percaya,  ini adalah satu perkara yang seharusnya berada dalam ingatan tiap seorang dari mereka yang sekarang ini bertempat di menara gading, dan yang banyak pula berjaya dalam kehidupan mereka masing-masing.

Berita kedua,  yang dipetik dari akhbar tempatan  BERITA HARIAN ONLINE,  bertajuk  ‘Rancangan TV ada sijil halal’.  Berita ini berpunca dari Jakarta, Indonesia.  Yang menarik perhatian saya ialah bagaimana sikap prehatin pihak berkuasa Negara jiran untuk menentukan bahawa apa yang dihidangkan melalui siaran televisyen untuk umum adalah yang benar-benar memberi manfaat kepada masyarakat penontonnya.  Ini juga pada pendapat saya merapatkan lagi siaran televisyen kepada konsep etika penyiaran yang menitikberatkan bahawa program-program untuk siaran hendaklah yang memberi maklumat,  pendidikan dan hiburan … tidak semata-mata hiburan sahaja.

Dua berita ini amat menarik perhatian.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 2, 2012 by in Ehwal Semasa, Komuniti, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,565 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Ogos 2012
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: