KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Dunia hari ini … dan kita

Selama ini kita hanya berfikir dan menumpukan perhatian kita kepada apa yang berlaku dalam negeri atau Negara kita.  Jarang sekali kita melihat jauh keseberang pesisiran pantai kita.  Kalau ada pun,  apabila kisah atau peristiwa yang berlaku itu melibatkan kita,  anggota keluarga kita,  teman dan sahabat kita,  atau kenalan kita.

Kita sedar banyak yang berlaku di luar sana.  Ini dapat kita lihat melalui siaran-siaran televisyen tempatan,  membaca melalui akhbar-akhbar tempatan,  atau mendengar melalui siaran-siaran radio kita sendiri.  Dan setengah dari kita membacanya melalui lamanweb-lamanweb berita di Internet.  Selain dari itu,  kita lebih suka mengikuti perkembangan atau pergolakan dalam Negara kita sendiri,  kerana ini yang rapat dengan kehidupan kita.

Hari ini,  dengan wujudnya saluran-saluran komunikasi tercanggih,  mahu tidak mahu kita didedahkan juga kepada keadaan dan senario ini.

Saya percaya dulu banyak tempat di dunia yang kita tidak tahu dan tidak kenal.  Tempat-tempat seprti Vancouver di Canada,  Perth di Australia,  Cape Town di Afrika Selatan,  Dar es Salaam di Tanzania,  Fukushima di Jepun, dan banyak lagi,  kita tahu namanya sahaja.  Ehwalnya kita tidak tahu.  Tetapi manakala anak-anak kita merantau di Negara-negara luar untuk melanjutkan pelajarannya,  barulah kita sedar akan wujudnya.  Dan barulah kita mula mencari-cari mengenainya.

Ada baiknya dan ada juga buruknya keadaan seperti ini.  Baiknya kerana kita berfikir dan berpendapat Negara kita lebih penting,  dan apa yang berlaku di dalamnya sememangnyalah penting kepada kita.  Akan tetapi,  tidak boleh dinafikan bahawa pengetahuan mengenai lain-lain Negara juga diperlukan untuk kita ketahui.

Sekarang ini,  dengan terdedahnya berita dan peristiwa dari luar sana,  barulah kita tahu betapa luasnya dunia Allah ini,  dan berbagai ragam pula sifat dan watak penghuninya.  Pengetahuan ini,  memang penting bagi kita.  Mana tahu kita sendiri akan berpeluang ke sana dalam masa akan datang.

Dan dengan terdedahnya kita kepada keadaan di arena antarabangsa,  sedarlah kita bahawa kejayaan,  kesejahteraan  dan  kecemerlangan yang mereka perolehi,  mungkin boleh kita jadikan sebagai permulaan untuk kita bergerak maju dalam perjalanan kehidupan kita sendiri … sama ada dalam bidang sains dan teknologi,  pertanian,  perdagangan,  pelajaran,  kesihatan  dan  banyak lagi.

Ini semua,  akan membawa kita keluar dari ‘tempurung’  yang selama ini menutup penglihatan dan pandangan kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 4, 2012 by in Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Ogos 2012
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: