KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Lima dekad telah berlalu

Lima dekad adalah satu jangkamasa yang panjang …lima puluh tahun lamanya.  Banyak yang telah berlaku dalam masa itu. Dari segi kita sebagai seorang insan,  jika ketika itu umur kita 20 tahun, maka hari ini sudah menjangkau 70 tahun usia kita.  Sebagai seorang manusia,  banyak juga telah berlaku pada diri kita.  Sekurang-kurangnya pada umur 70an,  banyak pula perkara yang tidak boleh dilaksanakan lagi,  terutamanya dalam bentuk fizikal.

Memang benar dalam usia yang lanjut,  kita tidak secergas semasa kita menjangkau umur 20an.  Tetapi,  setelah melalui separuh abad,  sudah tentulah kita banyak mengalami pelbagai pengalaman … yang baik dan juga yang buruknya.  Ini adalah guru kepada kita.  Bak kata bijak pandai,  pengalaman adalah guru yang terbaik kepada kita.

Dari segi ilmu pengetahuan pula,  sudah tentulah banyak yang kita perolehi.  Sudah tentulah kita telah menjalani pendidikan di sekolah rendah,  kemudian di sekolah menengah,  dan seterusnya di pusat-pusat pengajian tinggi.  Apa pun perjalanan ini menemukan kita kepada banyak ilmu dan pengetahuan,  yang hari ini banyak membantu kita dalam menghadapi kehidupan di era teknologi ini.

Kita lihat pula pada kisah sesebuah negeri itu.  Apa yang boleh berlaku dalam jangkamasa 50 tahun itu.  Setidak-tidaknya jumlah penghuni yang tinggal dalam kawasannya sudah berlipat ganda bilangannya.  Mungkin kalau dulu negeri ini dipenuhi dengan hutan belentara,  hari ini telah diganti dengan kawasan-kawasan tanaman,  perushaan  dan  perumahan.  Kalau dulu kita lihat pohon-pohon tinggi menjangkau awan,  hari ini bangunan-bangunan pencakar langit pula mengambil tempatnya.  Kalau dulu lorong-lorong sempit menjadi ‘lebuh rayanya’,  hari ini diganti pula dengan jalan-jalan yang berbentuk ‘state of the art’.  Perubahan tetap berlaku.

Kita lihat pula kepada keadaan anggota masyarakatnya.  Yang nyata sekali ialah jumlahnya sudah bertambah.  Bukan itu sahaja,  malah cara dan corak hidup mereka juga telah berubah.  Mereka hidup dalam suasana serba moden,  dengan mempunyai kemudahan-kemudahan canggih di tiap kawasan rumah  … di dapurnya,  di ruang tamunya,  di bilik tidurnya,  di ruang makannya,  dan banyak lagi.  Pendek kata hari ini mereka dikelilingi oleh ‘gadget-gadget’ yang moden belaka.

Dari corak pemikirannya pula … bagaimana.  Sudah semestinyalah pandangan,  pendapat dan fikiran mereka berubah … menjadi lebih matang. Oleh kerana didedahkan kepada banyak perkara yang berbentuk global,  maka pemikiran mereka pun telah terbuka.  Mereka lebih tahu dan dapat membuat keputusan dengan lebih tepat dalam beberapa hal.  Mereka tidak lagi berdiam diri.  Mereka memerhati apa yang berlaku di dunia sekeliling,  dan mereka akan menggunakan buah fikiran yang matang tadi bila mereka mengambil tindakan.  Pendek kata,  jangkamasa 50 tahun itu memang lebih dari cukup untuk mereka belajar dan mempelajari selok belok dunia hari ini.

Hari ini setelah 50 tahun berlalu,  negeri Kelantan mengalami ini semua.  Senario fizikalnya sudah berubah.  Begitu juga senario masyarakatnya.  Mereka sudah tahu yang mana baik dan yang mana buruk.  Penting sekali, mereka sudah tahu membuat pilihan yang tepat … tanpa ragu-ragu … dengan menggunakan ilmu dan pengetahuan yang telah didedahkan kepada mereka hingga ke hari ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 6, 2012 by in Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Ogos 2012
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: