KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Kota Bharu mengalami banjir

Walaupun musim tengkujuh akan tiba beberapa bulan lagi,  tetapi hari ni tanda-tanda banjir sudah nyata di Kota Bharu,  ibu negeri Kelantan Darul Naim.  Segala persiapan telah dan sedang dirancang untuk menghadapi keadaan ini.

Banjir yang dibawa bersama musim tengkujuh,  agak berbeza dengan keadaan banjir yang sekarang ini menunjukkan tanda-tanda ketibaannya.  Kalau musim tengkujuh membawa bersamanya hujan lebat yang tidak berhenti-henti,  yang pula mengakibatkan kawasan-kawasan yang ‘flood prone’ ditenggelami air,  akan tetapi banjir yang sedang dihadapi dan yang akan muncul dalam masa seminggu dua ini, lain pula coraknya.

Banjir ini adalah satu peristiwa tahunan yang tidak dapat dielak oleh warga Kota Bharu.  Uniknya banjir ini,  ia tidak membawa hujan atau air yang menenggelami kawasan-kawasan rendah,  sebaliknya ia membawa ribuan manusia yang datang berkunjung ke bandar ini,  dan yang balik dari perantauan untuk bersama kaum keluarga pada hari mulia Aidilfitri.

Inilah ‘banjir Aidilfitri’.

Dua gelombang akan muncul.  Satu gelombang yang membawa kaum keluarga dan sahabat handai warga Kota Bharu yang selama ini tinggal di perantuan.  Tiap tahun mereka akan pulang kampong untuk bersama kaum keluarga mereka di sini.  Mereka ini biasanya balik membawa buah tangan … hadiah Aidilfitri kepada yang tersayang.  Mereka menuju ke rumah-rumah orang tua di kawasan bandar atau pun di kawasan-kawasan persekitaran bandar.  Mereka akan berada di rumah keluarga masing-masing bersama ahli keluarga yang lain membuat persiapan menyambut ketibaan hari berkat Aidilfitri.

Gelombang kedua akan membawa bersamanya mereka yang bukan berasal dari negeri Kelantan,  tetapi mempunyai handai taulan yang berasal dari negeri ini atau yang pernah berkhidmat di sini.  Mereka kemari untuk menikmati keindahan negeri Cik Siti Wan Kembang … kebudayaannya,  keseniannya,  dan panorama yang mempesonakan.  Mereka datang untuk membeli belah dan melawat tempat-tempat menarik … dan tumpuan utama mereka ialah lokasi-lokasi seperti Wakaf Che Yeh,  Bazar Buluh Kubu,  Bazar Tok Guru,  Rantau Panjang,  Pengkalan Kubur dan banyak lagi.  Mereka ini akan membanjiri rumah-rumah penginapan seperti hotel,  resort di pinggiran pantai dan rumah-rumah tamu yang banyak terdapat di bandar ini.

Kedua-dua kelombang ini menyebabkan lalulintas di bandar ini sesak dan sendat.  Kedatangan keduanya memang dinanti oleh masyarakat warga Kelantan,  kerana ini membuktikan bahawa mereka memahami negeri ini,  masyarakatnya  dan keadaan sebenarnya.

Apa pun kami di KELANTAN DARUL NAIM terlebih dahulu mengucapkan ‘SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.  MAAF ZAHIR BATIN’.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 7, 2012 by in Ehwal Semasa, Komuniti, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Ogos 2012
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: