KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Pengalaman di bulan Ramadan

Kalau tidak salah kiraan saya,  hari ini sudah masuk hari ke 22 kita menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.  Tidak lama lagi,  lebih kurang seminggu Aidilfitri pula menjelang tiba.  Kita memang menanti ketibaan hari mulia ini.

Ketibaan Aidilfitri bermakna kita telah berjaya melalui dugaan dan cabaran yang kita hadapi … dari melapar dan mendahagakan diri,  kepada mengelakkan diri melaksanakan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan ajaran agama suci kita Islam.  Dengan lain-lain perkataan,  sambutan Aidilfitri lebih merupakan sambutan kita terhadap kejayaan dan kemenangan kita dalam pelbagai cubaan dan dugaan yang telah kita hadapi selama sebulan.

Dan ada juga yang menganggap ketibaan Aidilfitri membawa kebebasan untuk makan secara terbuka di mana saja yang di sukai.

Dalam masa sebulan itu,  banyak yang kita pelajari.  Sedikit sebanyak pengalaman ini mencorakkan kehidupan kita di masa mendatang.  Tanpa kita sedari dalam masa sebulan itu,  kita telah berada lebih rapat dengan Allah s.w.t,  dan kita telah merasai bagaimana agama telah membimbing kita ke jalan yang lebih bermakna dan lebih murni dalam hidup ini.

Bulan Ramadan,  bulan yang berkat,  yang penuh keimanan,  yang sentiasa diselubungi oleh keikhlasan,  dan yang mengajak kita lebih bertaqwa kepada Illahi.  Tanpa kita sedari juga,  banyak yang kita lakukan di bulan ini,  adalah berlandaskan kepada ajaran dan bimbingan agama kita sendiri.  Dan tanpa kita sedari,  sikap dan sifat kita ada mengalami perubahan … untuk kebaikan.

Jika kita berada di negeri atau wilayah yang menjiwai kehidupan berlandaskan dan berpandukan agama,  perubahan kepada diri kita amat kita rasai sekali.  Kita terasa bagaimana sucinya hidup ini,  dan kita dengan secara sepontan akan menjalani hidup dengan penuh keimanan.

Oleh kerana inilah,  saya dan ramai lagi rakan-rakan merasakan bertuah berada di Kota Bharu ibu negeri Kelantan dalam bulan Ramadan ini.  Ketaqwaan kita akan menjadi obor yang akan menerangi hidup kita di masa hadapan. Insya Allah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 10, 2012 by in Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Ogos 2012
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: