KELANTAN DARUL NAIM – The story of Kelantan

All about Kelantan and the World

Dunia antarabangsa dan kita

Saya percaya sejak kita sertakan berita dan peristiwa yang berlaku di negara-negara luar,  banyak juga yang telah kita ketahui dan pelajari.  Sekurang-kurangnya tahulah kita bahawa kemajuan dan pembangunan yang terdapat di negara-negara tersebut,  terdapat juga di negara kita.   Pendek kata,  kita tidaklah tertinggal dan terpinggir dalam usaha kita mencari kesejahteraan dan kebahgiaan dalam hidup.  Usaha-usaha yang dilaksanakan,  dan program serta aktiviti yang dilakukan membawa kita ke tahap ini.

Kita memang sedar bahawa untuk mencapai tahap kehidupan yang serba membangun,  banyak yang perlu kita lakukan.  Tetapi yang penting sekali ialah usaha kita menimba  mencari ilmu yang boleh membantu kita mencapai matalamat yang mulia itu.

Dari pendedahan kepada berita dan peristiwa yang berlaku di dunia antarabangsa,  kita tahu bahawa kita tidak ketinggalan dalam kemajuan di bindang-bidang kehidupan yang relevan.  Umpamanya usaha yang dijalankan di Negara Filipina memperkenalkan sejenis pokok padi yang tahan terendam di dalam air buat beberapa lama, dapat membantu masyarakat penanam padi menentukan pendapatan mereka tidak terjejas walaupun tanamannya terendam oleh banjir.   Kita diberitahu juga dari berita yang berpunca di negeri Belanda bagaimana kilang pemasangan peralatan di sana lebih menggunakan ‘robot’ untuk menjalankan kerja-kerja tertentu.  Dan banyak lagi.

Mungkin berita-berita ini akan menjadi satu ‘stimulus’ kepada pihak-pihak tertentu di Negara kita membuat penyelidikan kearah memodenkan lagi kehidupan kita.

Kepada kita yang membaca kisah-kisah yang dipaparkan,  mungkin ia akan mewujudkan satu azam dan semangat untuk sama-sama membangun supaya setaraf dengan warga di Negara-negara berkaitan.

Banyak lagi kisah-kisah kejayaan dalam pelbagai bidang kehidupan yang dapat kita perolehi dari akhbar-akhbar luar Negara.  Ini akan kita paparkan dari satu ke satu masa.   Tujuannya supaya kita sedar bahawa apa juga yang dilaksanakan untuk kita,  adalah semata-mata bagi menentukan kegemilangan hidup kita di masa mendatang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Information

This entry was posted on Ogos 20, 2012 by in Ehwal Semasa, Ekonomi, Ilmu Pengetahuan, Renungan.

BLOG STATS

  • 62,593 hits
Click to listen to EPC Radio  1 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio  2 Klik untuk mendengar
Click to listen to EPC Radio 3 Klik untuk mendengar

SABDA RASULULLAH s.a.w

Rasulullah saw. bersabda:

"Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Ramadan), maka hendaklah engkau memulai puasa. Apabila engkau melihat hilal (awal bulan Syawal), maka hendaklah engkau berhenti puasa. Dan apabila tertutup awan, maka hendaklah engkau berpuasa selama 30 hari." (Shahih Muslim No.1808)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.,

BERPUASA DI BULAN RAMADHAN

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan rukun Islam yang kedua. Pelaksanaannya membuktikan pengabdian diri serta ketaatan kepada Allah ta'ala.

Kebanyakan umat Islam di dunia ini mampu melaksanakan ibadah puasa berbanding dengan ibadah lain seperti solat, zakat dan haji. Ini kerana ibadah puasa boleh dikatakan ibadah yang agak mudah untuk dilaksanakan.

Umat Islam hanya perlu menahan diri daripada makan clan minum untuk tempoh 12 jam bermula dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Sumber: Hikmah Berpuasa Di Bulan Ramadan, Dr.Aid Abdullah Al-Qarni

Kalendar

Ogos 2012
M T W T F S S
« Jul   Sep »
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

NO. TAL. BERGUNA:

Tourism Malaysia KELANTAN: 609 - 747 7554

KEM. PELANCONGAN MALAYSIA: 603-26937111

TOURISM MALAYSIA: 603-2615 8188

JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA 603-6209 0600

RAMALAN CUACA KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Pagi : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Petang : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana
Malam : Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana

Minimum : 24 °C
Maksimum : 31 °C

Dari Portal Rasmi JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA

WAKTU SOLAT KOTA BHARU – 07 JAN 2015

Imsak 05:56
Subuh 06:06
Syuruk 07:24
Zohor 13:20
Asar 16:41
Maghrib 19:12
Isyak 20:22

Kawasan :
K.Bharu,Bachok,Pasir Puteh,Tumpat,Pasir Mas,Tnh. Merah,Machang,Kuala Krai,Mukim Chiku

Sumber: http://www.e-solat.gov.my/

HARI INI DALAM SEJARAH 07 JAN 2001

KOLEJ UNIVERSITI TERENGGANU DIKENALI SEBAGAI KOLEJ UNIVERSITI SAINS DAN TEKNOLOGI (KUSTEM)

Pada hari ini dalam tahun 2001 Kolej Universiti Terengganu dengan rasminya telah bertukar nama sebagai Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia( KUSTEM).

Sejarah bermula dengan sebuah Pusat Perikanan dan Sains Samudera pada tahun 1979, yang menyediakan kemudahan latihan pelajar Program Perikanan dan Sains Samudera. Melalui Penstrukturan semula program akademik di Universiti Pertanian Malaysia, keseluruhan Fakulti Perikanan dan Sains Samudera dipindahkan ke Terengganu dan diberi nama Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi mulai Jun 1996.

Mulai Jun 1996, kampus ini diiktiraf sebagai sebuah pusat tanggungjawab dan dinamakan Universiti Putra Malaysia Cawangan Terengganu (UPMT) dan diketuai oleh seorang Rektor.

Sumber: JABATAN ARKIB NEGARA MALAYSIA

%d bloggers like this: